Thursday, February 16, 2012

Shahrizal Jaszle intim dengan Fiza Elite?

Selepas dihimpit kemelut hubungan cintanya dengan aktres Miera Liyana yang kononnya dikatakan putus di tengah jalan, heroin filem "Azura 2012", Shahrizal Jaszle kini berdepan dengan khabar angin yang mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan dengan Fiza (Elite).

Gosip hubungan mereka dikatakan mula terjalin sejak masing-masing menjalani pengambaran drama "Atas Nama Cinta" di Perth, Australia.

Shahrizal yang nyata terkejut dengan dakwaan tersebut menyatakan hubunganya dengan Fiza tidak lebih daripada kawan artis, sama seperti pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama tersebut seperti Tasha Shila, Shah Iskandar dan Aida Aris.

Malah menurut Shahrizal lagi, Fiza turut terkejut dengan gosip liar tersebut kerana Fiza sendiri sudah maklum bahawa dia sering berhubung dengan kekasihnya, Miera Liyana menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas).

"Kerana khabar angin ini, hubungan saya dengan kekasih saya (Miera) sedikit terjejas. Mujurlah saya telah memberikan penjelasan yang sebenar kepadanya dan dia sudah maklum situasi sebenar," ujar mantan kekasih aktres jelita, Maria Farida seperti dipetik dari laman mStar.

Shahrizal Jaszle dikatakan mempunyai hubungan
dengan Fiza ketika penggambaran di Perth, Australia.
Shahrizal turut mengakui yang dirinya sukar bersendirian sebaliknya memerlukan seorang teman yang sentiasa ada di sini. Justeru, setiap kali berjauhan, dia sering berhubung dengan Miera.

“Saya jenis yang tidak senang duduk jika tiada kekasih di sisi. Bagi saya, kekasih adalah sumber inspirasi dan tulang belakang untuk saya menjalani kehidupan seharian.

“Saya juga bukan seorang kaki lepak. Boleh dikatakan kehidupan saya agak bosan kerana saya lebih gemar duduk di rumah dan banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan kekasih setiap kali ada masa lapang,” tuturnya lagi.

Sementara itu, pelakon berusia 23 tahun ini turut menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya sering menimbulkan masalah sepanjang mengadakan penggambaran drama "Atas Nama Cinta".

Menurutnya, sepanjang dua minggu berada di Australia, dia sangat komited dan berdisiplin mengikuti setiap jadual yang ditetapkan oleh pihak produksi.

"Atas Nama Cinta" terbitan Zeel Production yang mengisi slot Akasia mengantikan drama '"Gemersik Kalbu" mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV3.

No comments:

Post a Comment

ads