Thursday, February 16, 2012

Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika di

Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway
Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.

Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Shahrizal Jaszle intim dengan Fiza Elite?

Selepas dihimpit kemelut hubungan cintanya dengan aktres Miera Liyana yang kononnya dikatakan putus di tengah jalan, heroin filem "Azura 2012", Shahrizal Jaszle kini berdepan dengan khabar angin yang mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan dengan Fiza (Elite).

Gosip hubungan mereka dikatakan mula terjalin sejak masing-masing menjalani pengambaran drama "Atas Nama Cinta" di Perth, Australia.

Shahrizal yang nyata terkejut dengan dakwaan tersebut menyatakan hubunganya dengan Fiza tidak lebih daripada kawan artis, sama seperti pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama tersebut seperti Tasha Shila, Shah Iskandar dan Aida Aris.

Malah menurut Shahrizal lagi, Fiza turut terkejut dengan gosip liar tersebut kerana Fiza sendiri sudah maklum bahawa dia sering berhubung dengan kekasihnya, Miera Liyana menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas).

"Kerana khabar angin ini, hubungan saya dengan kekasih saya (Miera) sedikit terjejas. Mujurlah saya telah memberikan penjelasan yang sebenar kepadanya dan dia sudah maklum situasi sebenar," ujar mantan kekasih aktres jelita, Maria Farida seperti dipetik dari laman mStar.

Shahrizal Jaszle dikatakan mempunyai hubungan
dengan Fiza ketika penggambaran di Perth, Australia.
Shahrizal turut mengakui yang dirinya sukar bersendirian sebaliknya memerlukan seorang teman yang sentiasa ada di sini. Justeru, setiap kali berjauhan, dia sering berhubung dengan Miera.

“Saya jenis yang tidak senang duduk jika tiada kekasih di sisi. Bagi saya, kekasih adalah sumber inspirasi dan tulang belakang untuk saya menjalani kehidupan seharian.

“Saya juga bukan seorang kaki lepak. Boleh dikatakan kehidupan saya agak bosan kerana saya lebih gemar duduk di rumah dan banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan kekasih setiap kali ada masa lapang,” tuturnya lagi.

Sementara itu, pelakon berusia 23 tahun ini turut menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya sering menimbulkan masalah sepanjang mengadakan penggambaran drama "Atas Nama Cinta".

Menurutnya, sepanjang dua minggu berada di Australia, dia sangat komited dan berdisiplin mengikuti setiap jadual yang ditetapkan oleh pihak produksi.

"Atas Nama Cinta" terbitan Zeel Production yang mengisi slot Akasia mengantikan drama '"Gemersik Kalbu" mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV3.

Video seks Melia Aimellia tersebar?



Isu sebuah video separa lucah yang didakwa dilakonkan oleh seorang aktres wanita tanah air sedang hangat diperkatakan di blog-blog hiburan tempatan.

Dalam video adegan seks berdurasi 30 saat itu, wajah wanita berkenaan seakan-akan mirip aktres filem "Karipap-Karipap Cinta", Melia Aimellia, di mana ia menunjukkan aksi ghairah beliau seorang diri.

Walaubagaimanapun sehingga kini Melia Aimellia belum tampil ke hadapan untuk menafikan atau mengiyakan tentang kewujudan video tersebut.

Dengar cerita juga akaun Facebook miliknya pun telah digodam oleh individu tertentu. Aduhai...

Apa-apa pun, kami sertakan beberapa keping gambar yang diambil dari laman OhBulan! untuk pembaca membandingkannya sendiri. Mungkin juga ia hanyalah pelanduk dua serupa dan ia hanyalah fitnah semata-mata. Mungkin juga ada individu yang tidak berpuas hati dan ingin menjatuhkannya. Siapa tahu, bukan?



ads