Wednesday, August 25, 2010

Ulasan SENARIO ASAM GARAM

BINTANG
Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Sinematografi: 2.5

Tonton filem ini jika anda suka: "Senario The Movie Episode 2: Beach Boys", "Zoo", "Kecoh Betul"

Mungkin ada yang keliru memandangkan jalan cerita "Senario Asam Garam" hampir sama dengan filem komedi "Aman" yang sepatutnya dibuat selepas ianya dilancarkan tahun lalu. Namun atas masalah yang timbul, "Aman" tidak dapat diteruskan. Maka dengan itu, Prof. Dr. Hatta Azad Khan 'menggantikan'nya dengan "Senario Asam Garam", mengubah sedikit perjalanan cerita dan masih mengekalkan beberapa barisan pelakon seperti pelakon cilik Shafimie Don atau lebih popular dikenali sebagai Fimie Don, Azlee Jaafar dan Lan Pet Pet.

"Senario Asam Garam" menceritakan persaingan antara Pak Adam (Azlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka dan juga perebutan Cik Hawa (Julia Hana), seorang ibu tunggal kepada anak lelaki yang bijak dalam merekacipta, Amin (Fimie Don). Pelbagai cara dilakukan oleh Asam dan pembantunya, Garam (Lan Pet Pet) bagi menggagalkan apa sahaja Pak Adam rancang.

Agak sayang apabila karya komedi pertama Hatta kurang menyerlah terutama sekali daripada segi penyampaian filem. Elemen komedi yang ditampilkan pula gagal membuatkan penonton ketawa sehingga adakalanya timbul rasa bosan. Penulis merasakan alangkah baiknya jika komedi itu boleh disampaikan dengan cara yang bernas selain daripada memperbodohkan diri sendiri.

Walaupun telah mencipta populariti hampir 16 tahun, kumpulan Senario masih lagi kekal dalam industri seni tanah air. Pertukaran ahli kumpulan dan pelbagai masalah yang menimpa ahli sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk menghiburkan peminat. Namun penulis merasakan lakonan mereka tiada peningkatan dalam filem ini, sebaliknya sama dengan filem-filem Senario sebelum ini. Ketiadaan Wahid kerana komitmen pula dilihat tidak menjejaskan filem ini. Namun Fimie yang terkenal dengan drama "Hikayat Putera Shazlan" mampu pergi jauh dalam industri lakonan walaupun baru berusia 12 tahun. Sikit pun tidak kelihatan kekok, malah tidak keterlaluan jika lakonannya lebih menyerlah daripada pelakon-pelakon veteran yang lain.

Terdetik juga di hati penulis mungkin ada baiknya jika filem ini tidak mempunyai 'jenama' Senario memandangkan hanya dua sahaja ahli kumpulannya yang terlibat. Namun mesej sifat hasad dengki sememangnya merugikan diri memang berjaya disampaikan oleh pengarah. Apa-apa pun, "Senario Asam Garam" pasti masih lagi mampu menarik minat setiap lapisan masyarakat kerana jalan cerita yang ringan dan tidak memerlukan anda berfikir.

Galeri: Tayangan pra-tonton 4 MADU


Semalam berlangsungnya tayangan pra-tonton filem arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen iaitu "4 Madu" dan juga majlis berbuka puasa di Cathay e@Curve. Filem ini bakal menjengah pawagam pada hari raya Aidilfitri nanti. Ramai juga barisan pelakon yang hadir termasuklah peneraju utama Saiful Apek yang baru-baru ini ditahan polis atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja.

Apa kata kita lihat antara gambar yang sempat Tupai ambil!


Sekali imbas macam YB bukan? Penerbit filem, Ahmad Puad Onah (kiri) dan
A.Razak Mohaideen memberi ucapan sebelum tayangan filem.



Sazzy Falak (kiri) dan Rozita Che Wan kelihatan cantik seperti biasa.


Eh! Si Fasha Sandha ni pun ada juga? Ayu juga Bienda (kanan) pada petang semalam.


Saiful Apek kelihatan baik dan gembira!


Marsha Londoh bersama Sazzy Falak. Rosnah Mat Aris (kanan) pun turut ada.


Saiful Apek bersama 'madu-madunya'...

GAMBAR: Artis Di Sesi Rakaman Melodi Raya

Meriah sungguh sesi rakaman Melodi Raya dengan kehadiran ramai artis yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra tempoh hari. Kalau dah nama artis tu, masing-masing tidak mahu kalah dengan penampilan baju-baju melayulah jawabnya.

Jom kita lihat siapakah artis yang hadir dengan penuh glamour dan vogue sekali!
Reza Mohamad.


Fara Fauzana (kiri) dan Didie Alias.


Pasangan suami isteri bahagia Along Raja Lawak dan Zila (kiri)
dan Mizz Nina.



Linda Onn (kiri) dan Fizz Fairuz.


Trio Kru tanpa adik bongsu mereka, Yusry (kiri) dan Norman.


Leina Hangat (kiri) dan Fabulous Cats tanpa Adeeb dan Wangi.


Datuk Aziz Satar dan isteri (kiri) dan Stacy AF6.


Shila OIAM (kiri) dan merpati dua sejoli
Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Rumah Paris Hilton Dipecah Masuk

Menggeletar lutut MisS SaKurA lihat berita pasal Paris Hilton ini seketika. Akhbar-akhbar dan tabloid di Amerika Syarikat kecoh melaporkan tentang rumah agam miliknya telah dipecah masuk oleh dua orang bersenjatakan 2 bilah pisau. Kedua-dua lelaki tersebut yang berusia didalam lingkungan 40-an telah cuba untuk memecahkan salah sebuah tingkap rumah agam milik model dan penyanyi terkenal itu ketika semua orang sedang lena dibuai mimpi.

Hilton dikatakan telah melihat kelibat dua orang penjenayah itu menerusi kamera litar tertutup dan terus menelefon pihak polis. Mereka telah diberkas di luar kawasan rumah Hilton. "Sangat menakutkan! Saya dikejutkan dengan dua orang yang cuba untuk memasuki rumah saya sambil memegang 2 bilah pisau yang amat besar. Polis telah pun menahan mereka sekarang", jelas Hilton di laman Twitternya.

"I rasa sangat takut dan trauma you! Nasib baik ade hanjing I..."

Paris telah melaporkan bahawa ini bukanlah kali pertama beliau berdepan dengan lelaki yang bersenjata. Pernah sekali seorang lelaki muncul di pejabat ayahnya dan mengaku yang dia adalah tunang kepada anak perempuannya itu. Dia telah berjaya masuk ke kawasan pejabat dan pihak polis telah menjumpai sebilah pisau bersamanya. Menakutkan betul bila jadi public figure ni kan?

Abang-abang polis tengah sibuk menjalankan siasatan dekat rumah Paris Hilton. Kelihatan suspek membelakangi kamera yang sudah diberkas. Inilah gambar yang dimuat naik oleh
cik Paris kita menerusi laman Twitternya.

ads