Wednesday, April 7, 2010

Lagi Kes Pelajar Lelaki buli Pelajar perempuan dan raba-raba...Dimana Guru sebagai pendidik?buta ke?


Gambar: Jemilah Abdullah menunjukkan kesan lebam pada belakang badan anaknya, Norizan Janal Abidi pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mat yang diugut dan dipukul empat orang pelajar lelaki di rumahnya di Kampung Pulau Serai, Jalan Tangjung Selangor, Pekan, 7 April.

Sensasi:Alamak,perlu ke sampai selak seluar anak yang dah form 3 dan dah cukup akil baligh tue masuk dlm newspaper...aduyai...habis kene kutuk kat skolah lagi nanti...whatever lah mak cik..
Kenapa masih byk lagi kes buli..apa yang cikgu dan pengetua buat?takkan takda pelajar lain yang ambil tahu ttg pelajar lain...pelik giler la...xpaham sensasi...huhu...sensasi dulu blaja skolah yg descent jer...pelajar saling menyayangi dan,guru2 pun dihormati..


PEKAN 7 April - Seorang pelajar perempuan mendakwa sering menjadi mangsa buli dan ugutan oleh empat rakan sekelasnya yang menggelarkan diri mereka 'Geng Kapak' sejak Februari lalu. Sepanjang tempoh itu, geng tersebut dikatakan meminta wang 50 sen hingga RM1 daripada mangsa dan akan memukulnya jika tidak memenuhi permintaan mereka.

Terbaru, kira-kira pukul 1 petang semalam, Norizan Janal Abidi, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Mat di sini, cedera dilibas dengan kerusi di punggung. Kepala mangsa turut ditekan di atas meja sehingga tudung yang dipakainya tertanggal.

Menurut mangsa yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu, kejadian berlaku apabila dia enggan memberikan wang seperti diminta.

"Mereka selalu minta wang daripada saya iaitu sebanyak 50 sen hingga RM1. Memang saya tidak pernah beri dan sebab itulah mereka sering pukul saya.

"Semalam, saya terpaksa menipu menyatakan berpuasa dan tidak ada wang menyebabkan mereka menolak saya semasa menuruni tangga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Serai, Jalan Tanjung Selangor, di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Norizan memberitahu, dia telah mengadu kepada pengetua sekolah kerana sebelum ini hanya mendiamkan diri kecuali kepada ibunya.

"Apabila pengetua masuk ke kelas mencari pelajar itu, keempat-empat mereka menghilangkan diri.

"Bagaimanapun, selepas pengetua keluar dari kelas, mereka datang dan menyerang saya bertalu-talu. Semua pelajar hanya melihat kerana takut dengan kumpulan tersebut," jelasnya.

Norizan mendakwa, geng itu pernah menggunakan pisau untuk mengasah pensel dan kaca untuk menakut-nakutkan dirinya supaya tidak melawan.

"Mereka juga akan meraba-raba kocek baju sekolah dan mencari wang tetapi tidak berjaya kerana saya awal-awal lagi menyembunyikannya di dalam kasut sekolah.

"Apa yang membuatkan saya rasa malu, apabila tidak menemui wang di dalam kocek, mereka akan meraba ke dalam baju untuk mencarinya," ujarnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Jelimah Abdullah, 40, berkata, dia terkejut mendapati anaknya pulang ke rumah dengan berjalan terhuyung- hayang dan kesakitan semalam.

"Sebaik sahaja membuka pintu, saya terkejut apabila melihat wajahnya kemerah-merahan seperti menahan sakit.

"Apabila diperiksa, lehernya bengkak kerana ditumbuk dan ditekan ke meja manakala punggungnya bengkak dilibas dengan kerusi," katanya yang merupakan seorang peniaga.

Sebelum ini, ujarnya, Norizan sering mengadu dipukul dan dibuli tetapi dia hanya meminta anaknya supaya merujuk kepada guru kerana tidak mahu campur tangan dalam hal sekolah.

"Namun apabila keterlaluan macam ini, saya segera melaporkan kejadian ini kepada polis supaya keselamatan anak saya terjamin," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

12 comments:

  1. sape yg buta?guru yg buta?dh teruk baru nk report pengetua.br nk report polis..tugas guru mengajar dan mendidik..bkn meronda n menyiasat.. kecuali guru disiplin..itupn bila ada aduan dibuat..kalau tiada aduan, apa yg nk disiasat..

    ReplyDelete
  2. Guru hanya mengajar dan hanya ada
    sedikit masa untuk mendisiplinkan
    anak murid nya..kenapa kita asyik
    nak menyalahkan orang lain.Anak
    kita kita didik,kawal disiplinnya
    ambil berat pergaulannya...
    ITULAH JANGAN TAHU BUAT ANAK AJA!!

    ReplyDelete
  3. guru hanya mengajar
    mak bapak perku mendidik
    ambil tahu disiplin,pergaulan anak
    kenapa asyik nak salah kan orang
    lain..kalau polis tangkap salah
    kan polis tapi
    ITULAH JANGAN TAU BUAT ANAK AJAA..

    ReplyDelete
  4. pihak sekolah perlu bertindak lebih tegas dan mngambil lbh serius dlm hal dsiplin d sek terutamanya pd aduan pertama lg oleh si mangsa..

    klau dh jd mangsa jgnlah tragak2,cpat2 lah wat aduan sbelum trlambat... kan dh terselak bju,lg la malu org duk tgok xpadan dgn lebam..

    Ibubpa lak dh pndai wat anak kna la pndai jga ank jgk.. jgn lah pndai wat skill ats ktil je tp xtau nk didik ank.. ank tu anugerah,kna la jga leklok.. utk bekalan dlm kubur anda jugak.. Ibubpa kna la tunjuk contoh yg baik,bg ddikan ugama jgk,luangkn msa brsma,jgn lupa tangan2kan jgk...

    Pd pihak sek, aku syorkan jgn rotan didpan klayak rmai sbb mnjtuhkan maruah pljar trsbut,tp hndak lah dirotan didlm bilik disaksikan ibubapa mereka... biar dpa sedar ank dpa ni jahat dan kurang didikan.

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya admin ..ada dikatanya guru yang buta...mak bapa tu yang terlalu manjakan anak..anak-anak mereka x boleh disentuh..malah ada yang sanggup menyaman guru..ibu bapalah yang merendahkan martabat guru..sehingga anak2 menjadi kurang ajar dan tak dpat dibendung.. bla dah jdi bubur baru nak salahkan guru..macamlah admin sendiri...bodoh..

    ReplyDelete
  6. Kalau guru denda budak tu...mak bapak diorang datang...pastu repot polis...masuk paper kes guru buli budak..kalau guru x buat paper...nanti mak bapak budak ni pulak yang repot...masuk paper lagi...ape la salahnya kalau discuss dalam PIBG...mak bapak kan ada persatuan...kenapa nak lepas tanggungjawab...bertindak sendiri la dengan nama PIBG....x susah kan?

    ReplyDelete
  7. salam sejahtera pd semuer...
    tertarik dgn kes Pelajar Lelaki Buli Pelajar Perempuan..
    Ini lah kelemahan masyarakat melayu kita.. cepat menunding jari...sapa silap dan dimana silap..mari kita fikir dan berkongsi pandangan..
    Jangan cepat melatah dan meletakan sesuatu kesalan pd pihak lain...
    Pertama..pelajar perempuan serta keluarganya...sapa sapa pun tak nk kena mcm dia..cuba kita fikir..kalau la adik ke, kakak ke, saudara perempuan kita ke...kena seperti itu...agaknya...mcm mana la reaksi U all..bukan takat kena rembat duit makan..malah tak secara langsung,
    kena raba pulak tu...dah tu..kena pukul lak jika budak budak lelaki yang tak cukup ajar tu, tak dapat apa yang diaorg nak..
    Kedua...di sekolah..murid murid adalah dibawah pengawasan pihak sekolah yg mana semua guru guru, pengawas, serta murid akan terlibat sama dalam pembentukan displin pelajar dan sekolah..menjatuhkan hukuman yg berat kepada murid yang seringkali melakukan perlangaran displin haruslah dibuat demi menjaga tahap dan pandangan umum kepada sekolah tersebut..
    khasnya bg 'balakliat '..
    ' anonymous '....ko ni pun komen
    mcm org kurang bijak... mcm org tak cukup akal..akan dtg kalau ko org ada anak...ko makan la apa yg ko komen tu..sendiri mau ingat la...
    patah perkataan ' BALAKLIAT '
    " ITULAH JANGAN THAU BUAT ANAK AJA!! "....nmp la sgt ko ni tak cukup pelajaran..bahasa tu menunjukan bangsa...
    Maaf jika ada terkasar dan tersilap bahasa...Salammm

    thanks dr Bro B..abang_sayang96@yah

    ReplyDelete
  8. mslah..bdak2 skrg ni mnja..djentik skit dh berbunyi..knon peredaran zmn pngjrn kne based on psikologi..aku lnsg xskong.cara ni gagal!!!mak bapak era moden,tolong la jgn mndayuskn status keibubapaan anda 2..nk brmnja,nk syg anak,bia btempat!!!asik2 guru dpersalahkn..apa ceritaaa ni...

    ReplyDelete
  9. bodoh punyer admin.. nok tulis tajuk tu guna laa otok sikit.. bengong kayu tul..

    apo kamu ingat cikgu nie kerjanyer hanye dok perati budak2 jer.. kat seribu orang tu..
    mu anak 3 orang pun ada juga bergaduh.
    banyak lagi kerja-kerja lain. tu tak termasuk tugas utama lagi..

    lagipun sekarang ini cikgu tiada kuasa apo -apa dah..
    nak rotan tak boleh.. nak marah tak boleh..

    mak ayah yang bengong sangat.. jaga sendiri laaa. cikgu just tolong ajar je... tu pun ok dah..

    ReplyDelete
  10. jgn nak salahkan guru... bukan budak2 tu buat hal depan guru, kalau depan guru sah sah guru akan ambil tindakan.... cuba sama sama ambil inisiatif utk menangani masalah sosial remaja....

    ReplyDelete
  11. Betul, guru-guru hanya perlu mengajar, yg mendidik adalah mak bapak.

    Budak-budak yg kaki buli tu memang budak-budak sial, anak haram jadah, tak sedar diri...memg tak layak untuk dididik...pi mampus lagi baik...dengan mak bapak nya sekali krn gagal mendidik anak!!!

    ReplyDelete

ads