Thursday, April 29, 2010

Jokes : Siapa yang Ludah cepat mengaku!!??

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adoii... malu pulak lah nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.



Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...


Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'


Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% ludah kat luar tadi hahhh !!!! `Baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.


'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.


Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu. 'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia' jerit Mamat ni.

Then takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai.


Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan+marah dan terus blah.

Laporan Polis oleh Kawan AminulRashid.Adakah Polis Sengaja mereka cerita untuk menutup kesalahan pihak Polis?KEJAM!




Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...


Sila bandingkan dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada media, terutamanya tentang "merempuh", "mengundur kereta", "samun berkumpulan", dan sebagainya!


Laporan awal yang disiarkan dalam Utusan Malaysia:


Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.


Sensasi:Kalau lah polis tue tak sengaja menembak Aminul Rashid perlukah laporan akhbar dibuat mengatakan bahawa budak tue penjenanyah untuk menutup kesalahan polis?

Jokes Sengal : Seluar Dalam Ani


Ani merupakan seorang dara yang cantik lagi rupawan. Kira dalam kampung, dialah Miss Kampung. Tapi sayangnya sewaktu dia kecik, Ani telah jatuh dari katil tidur lalu otaknya sekarang tak seimbang. (otak senget)




Satu hari Ani telah disuruh oleh emaknya untuk membeli kelapa. Lalu dia pun pergi ke kedai Pak Mat. Pat Mat walaupun usianya dah lanjut tapi masih "gagah dan kuat".(viagra+tongkat ali)


Setibanya di kedai Pak Mat, terdapat beberapa lagi pemuda-pemuda kampung yang tengah lepak kat situ.


Ani : Kelapa satu biji...parut buang kulit.Pak Mat : nak buat ape dengan kelapa niAni : tak tahu mak suruh beli.

Pak Mat : hari ni Pak Mat rasa murah hati...kalau Ani dapat panjat pokok kelapa dan ambik kelapa tu...pak mat kasi free.


Ani dengan ghairah memanjat pokok kelapa tu. Pak Mat dan pemuda-pemuda kampung yang lepak kat situ pun mengerumuni di bawah pokok kelapa tu. Mereka pandang ke atas dengan penuh beraninya.

Oleh kerana syiok sangat, Pak Mat suruh Ani turun naik pokok kelapa tu beberapa kali untuk ambil beberapa biji dia nak.

Ani pun pulang ke rumah dengan senang hati membawa kelapa parutnya dan beberapa biji lagi.
Tiba di rumah, emak Ani terperanjat kenapa banyak sangat kelapa


Mak Ani : Ani..apasal banyak sangat kelapa.

Ani : ni hari pak mat kasi percuma kalau Ani sendiri yang panjat pokok dan ambil kelapa-kelapa tu. Pandai kan Ani mak.

Mak Ani : ANNNIIIIII maknya menjerit...diorang tu semua nak tengok seluar dalam kau...sebab tu dia kasi free.

Ani : YE KE MAK...? EH... EH... NASIB BAIK ANI TAK PAKAI SELUAR DALAM.

Heboh Misha Omar Dah Kahwin di Kelantan

"MISHA Omar dah kahwin. Kenapa tak keluar surat khabar cerita kahwin dia? Takkan wartawan nak sorok kut?” Begitulah pertanyaan seorang peminat Pancaindera yang naik radang kerana dia menganggap wartawan sengaja nak menyembunyikan berita perkahwinan Misha.

Sumpah dik... Abang Niezam pun tak tahu ni. Kalau dia kahwin, memang kami keluar cerita dia muka depan. Nak suruh hantar surat khabar depan pintu rumah pun boleh.

Jangan nak mengamuk ya dik... Cukuplah industri hiburan kita ada kumpulan Amuk seorang.

Senang cerita macam nilah. Sebenarnya Niezam pun tak tahu sama ada Misha benar-benar kahwin ataupun tidak sebab sehingga hari ini dia tak mengaku pun perkara itu.

Yalah... Misha bukannya kecil-kecil anak. Kalau dia kahwin mesti dia tak akan sorok punya, sebab satu Malaysia kenal dia.

Kata peminat tu, di Kelantan sudah heboh kisah kahwin Misha. Cuma yang jadi tanda tanya kenapa berita itu tidak dilaporkan?

Niezam pun tanyalah kalau betul dakwaan itu, siapai suami Misha?

Kata peminat tersebut, lelaki berkenaan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru. Beruntung Misha bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

“Cukuplah saya beritahu lelaki yang dimaksudkan bernama “Kiss”. Dia orang memang dah kahwin. Hadiah perkahwinan Misha ialah sebuah kereta mewah.

“Kalau nak tahu, masa final Juara Lagu hari tu, si dia pun datang temankan Misha tau,” kata pembaca berkenaan.

Wah... betul ke? Sedap nama Kiss. Mesti Misha kena cium 24 jam dengan ‘suaminya’ itu kalau betul dia dah kahwin.

Petang Khamis lalu Niezam telefon Misha dan terus bertanyakan perkara berkenaan.

Misha sedikit pun tak terkejut sebab selama ini macam-macam spekulasi orang bercakap tentangnya.

Cuma Misha tak menafikan dia dan kakaknya Mimi memang ada meninjaubeberapa butik pengantin sebagai persediaan untuk majlis nikah nanti.

Tapi berita yang mengatakan dia sudah bernikah dalam diam tu disangkal sepenuhnya.

“Kalau betul saya nak kahwin, saya tak akan sorok. Selama ini pun saya dah beritahu peminat yang saya sudah ada kekasih istimewa.

“Nikah kahwin perkara yang baik. Lebih baik orang tahu. Ini janji saya. Selagi kisah sebenar tidak keluar daripada mulut saya, anggaplah ia sekadar khabar angin,” tegas Misha.

Kita orang percaya dengan kata-kata Misha itu kerana selama ni dia tak pernah nak sorok perkara yang baik. Tak gitu adik?


kredit: Utusan Malaysia Online

Misha sebelum pakai braces.


Misha nak skolahkan blogger?heyy..i pegi skolah u..dah habes dah pun..


Gambar hiasan semata2 bukan gambar husbnd Misha...

Gambar-Gambar sekitar Majlis PPMH 2010 dan ulangtahun ke-25 Media Hiburan














Tuesday, April 27, 2010

Kes Bunuh Juvana: Polis Malaysia menembak belakang kepala budak berumur 15 tahun sehingga mati

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Jokes: Kisah nenek yang malang


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris disini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedangberbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya:"Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

Luahan Tasha: Achik suami saya dunia akhirat...



Kelihatan balu Achik (Spin), Tasha seorang yang tabah mengharungi hidup selepas kematian suami dalam satu kemalangan Sabtu lalu. Bicaranya tersusun bercerita pengalaman saat-saat akhir bersama arwah suami yang pergi lebih dulu.

Namun siapa tahu kepayahan yang sedang dilaluinya bersama dua anak yang masih kecil dan tak mengerti kepayahannya. Dia tabah dan cekalkan hati kerana tidak mahu mengabaikan tanggungjawab yang ditinggalkan... anak.



"Siapa kata saya tak menangis... di dalam ini siapa yang tahu. Saya kena kuat kerana saya tahu arwah suami tak mahu saya menangis. Saya kena kuat untuk membesarkan anak-anak. Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-kata arwah.

"Semasa anak sulung kami meninggal dunia dulu saya menangis dan arwah meminta saya tabah kerana katanya yang meninggal itu sudah pasti selesai dan aman di sana dan kita yang hidup ini tidak boleh menangis kerana ia tidak akan menggembirakan anak saya.

"Sekarang perkara sama berlaku ke atas suami saya dan saya tidak mahu dia kesedihan dengan perlakuan saya di sini," kata Tasha.

Apatah lagi pada hari terakhir bersama suami 14 April lalu, beliau berpesan agar sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk bersama-sama kita.

Ingin bekerja

Bagaimana kelangsungan hidup Tasha selepas ini? Wanita berusia 29 tahun ini nekad mahu kembali bekerja tahun depan.

"Sekarang suami baru meninggal... biarlah dulu. Kalau saya keluar bekerja bagaimana dengan anak-anak. Sudahlah mereka baru kehilangan ayah! Biarlah dulu.

"Saya rancang mahu bekerja semula tahun depan apabila anak-anak semakin besar. Sekarang mereka tak tahu apa-apa, malah anak saya yang kecil masih bertanya di mana bapanya. Itulah yang membuatkan air mata saya boleh tumpah.

"Semasa Achik meninggalkan rumah 14 April lalu anak saya yang kecil Sumaiyyah dalam buaian. Achik yang membuanya. Semasa dia keluar rumah Sumaiyah belum lelap. Apabila jaga dia cari di mama ayahnya. Pada hari kejadian, anak-anak dan saya bersiap untuk keluar dan menunggu Achik untuk membawa kami keluar. Tapi berita lain pula yang berlaku," kata Tasha.

Achik tak pernah menyusahkan

Kematian Achik ibarat mematahkan sayap Tasha kerana penyanyi lagu Bola Bola Api itu tidak pernah menyusahkannya sepanjang dia berkenalan dan sehingga ke akhir hayatnya.

"Achiklah suami saya dunia dan akhirat... saya tak akan jumpa lelaki sebaik Achik lagi. Dia tidak pernah menyusahkan saya barang sekali. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk menyenangkan saya. Semasa saya pantang bersalin, dialah yang membuat semua kerja di rumah.

"Sekarang ini keutamaan saya ialah menjaga anak-anak dia sebaik mungkin," kata Tasha.

Vie Shantie,Isteri Eizlan Yusof Selamat melahirkan baby lelaki bernama Zareef

Yang diatas nie baby girl Pasangan Vie Shantie dan Eizlan..chomelllnyeeeeeeeerrr baby puteh..heeee.. Nama dia Zaaraa...baby sulung la..
Yang kat atas nie pulak gambar baby Zareef,baby lelaki terbaru pasangan ini..Vie selamat melahirkan anak kedua mereka pada 23.4.2010 di UMRA Specialist Center Shah Alam

Kes Benjy, Polis Gagal Bukti Kesalahan?


KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2010 : Kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang sebelum ini dikaitkan dengan isu dadah nampaknya masih lagi berlanjutan dan belum ada penyelesaiannya.

Ini kerana peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakil Benjy telah memberitahu Mahmakah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak polis tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menahan semula anak sulung kepada seniwati Azean Irdawaty itu mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, 25 Mac lalu.

Katanya, niat polis yang awalnya untuk menyiasat dan mendakwa Benjy bagi pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya bagaimanapun, tidak dapat dibuktikan sepenuhnya.

Sepertimana yang dilaporkan dalam media tempatan hari ini, Amer Hamzah dalam kenyataanya berkata, polis hanya mendakwa Benjy memiliki 0.24 gram metamphetamine atau syabu dan ia membuatkan polis terpaksa menggunakan peruntukan Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas dan menahan Benjy mengikut Seksyen 3 peruntukan tersebut.

"Polis menahan anak guam saya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) pada 25 Mac lalu walaupun kekurangan bukti dan dia tidak pernah menjadi ancaman kepada masyarakat," katanya.

Serentak dengan itu, Amer terus mengemukakan hujah dalam permohonan writ habeas corpus mendapat perintah mahkamah bagi pembebasan anak guamnya serta-merta.

Tambah Amer Hamzah, tindakan polis mendededahkan maklumat dan bukti berkaitan penahanan semula itu juga bertentangan dengan peruntukan dalam Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas yang memperuntukkan penyiasatan berkenaan adalah sulit.

Pada 8 April lalu, Benjy memfailkan permohonan writ habeas corpus bagi mencabar penahanan semulanya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 25 Mac lalu.

Benjy memohon perisytiharan penahanannya mengikut akta itu pada 25 Mac lalu sebagai tidak sah, salah dan berniat jahat. Sehubungan itu, pelakon berkenaan memohon perintah mahkamah supaya dia dibebaskan dengan serta-merta dan tidak ditahan semula.

Bagaimanapun, tidak sampai jam dibebaskan menerusi ikat jamin, Benjy telah ditahan semula oleh Mahkamah Majistret di sini pada hari tarikh tersebut. Dia ditahan dua anggota polis jam 2.50 petang sejurus ibunya membayar ikat jamin RM2,000 di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Melalui notis usul dan afidavit yang diikrarkan dalam permohonan itu, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dynas Selamat melahirkan Bayi Sulung Perempuan bernama Khyra Khalyssa


Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang telah berkahwin selain dikurniakan cahaya mata. Begitulah yang dilalui oleh model serta pelakon Dynas Mokhtar serta suami apabila Dynas telah selamat melahirkan seorang bayi comel pada hari Sabtu lalu bersamaan 24 April 2010.

Dynas melahirkan bayi perempuan comel secara normal tepat pada jam 7.57 pagi. Bayi seberat 3.4 kilogram itu diberi nama Khyra Khalyssa. Menurut suami Dynas, Mohd Hafizy Mohd Hafiz, Dynas dan bayi kini dalam keadaan sihat. Dan ini antara ucapan ringkas yang dikirim Dynas.

“Thanks. Just wanna say thanks to all doa-doa yang telah diberikan kepada Dynas and baby. Semuanya alhamdulillah, selamat semuanya.”

Pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini turut berkongsi kegembiraannya di laman sosial Twitter.

“@dynasCLPT: Hie all..woke up early today.ok I memang dah bersalin!!hehe her name is Khyra Khalyssa and berat dia is 3.4kg.lahir on 24th april..”

Dynas mendirikan rumahtangga dengan Hafizy pada 15 Mac 2008 dan pernah mengalami keguguran. Tahniah diucapkan kepada Dynas dan suami dan semoga rumahtangga mereka lebih bahagia dengan kehadiran permata hati, Khyra Khalyssa.

Amylea Rasa Kelakar ada Blog hiburan kata Dia Lupa Daratan



Sensasi:Ceh jangankan Amylea ,Sensasi pun rasa blog hiburan tue byk menjatuhkan artis..Dahla tak kaji semuanya dulu Kes Aril mengamuk sbb Blog tue tulis Gosip yang salah ,pastu biadap pulak tue...haiyya..

Al-Kisah nyer Amylea dikatakan Lupa Daratan sebab dia join Fan Page Facebook "KELAB ANTI AF" dengan beberapa lagi Page yg membenci AF.

Tp sebenarnya Amylea cuma nak skodeng je apa yg ditulis dlm page tue..biasalah..kita pun kdg2 join page itu ini sebab curious kan..

Blog tue pun menyatakan kebencian pemilik blog tue yang kononnya membenci AF..


Bagi Sensasi,Kenapa nak benci Program-program mcm nie,sekurang-kurangnya program sebegini dpt membantu mereka yang berbakat untuk memajukan diri .sebagai platform terutama ada yang dtg dari keluarga susah..Batu Loncatan la jugak.Samada suka atau tidak,itu adalah persepsi Individu..

Tp tak perlulah bongkak sgt kot nak kata u ol benci dis thing benci dat thing..Tp itu hak individulah,just sensasi rasa annoying giler perangai org2 bongkak nie..huhu



Saya Tak Rasa Bersalah - Amylea Azizan
Itulah statement terbaru dari Amylea Azizan atau lebih dikenali dengan Amylea AF3. Baru-baru ni agak kecoh di beberape blog hiburan dengan entry yang mengatakan Amylea dah lupa diri gara-gara si Amylea join beberape group "ANTI AF" di laman social Facebook.

Namun hakikat sebenarnye, Amylea tidak lupa diri & tidak punyai sebarang niat untuk meng-ANTI-kan rancangan Akademi Fantasia yang telah melonjakkan namanye di persada seni tanah air.
Menurut di laman fanpage Amylea di facebook, Amylea bagi statement yang dia hanya join group itu untuk tujuan meng-skodeng & ingin membaca perspective group itu sahaja.

Haha nasib baik Amylea bagi statement cepat-cepat sebelum nasi jadi bubur & membasikan hubungannya dia rancangan sensasi itu. Kepada media-bloggers di luar sana, jangan cepat melatah yea. Rilex dulu hehe...


P/s: sowie sbb posting nie mcm emo..kan???rase annoying dgn diri sendiri plak..

Lisdawati Percaya Suaminya Setia


KUALA LUMPUR: “Berbuih mulut saya jelaskan setiap kali berdepan soalan sama seperti ini. Apa lagi yang mampu saya katakan. Demi Allah, saya percayakan suami dan kehidupan kami bahagia seperti hari pertama kami berkahwin dulu.

“Perkara ini sudah basi dan tidak perlu diungkit lagi hanya kerana kisah kecurangan aktor atau apa saja gosip yang timbul baru-baru ini. Itu tidak adil untuk terus menembak suami saya kerana jujurnya saya kenal siapa dia,” kata aktres jelita, Nisdawati Nazaruddin atau Lisdawati ketika menjawab desas-desus yang mengaitkan suaminya yang juga pelakon popular, Mohd Fauzi Nawawi, 37, kononnya ‘kaki betina’.

Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 (FFM16) itu yang dihubungi tidak melenting akan dakwaan seumpama itu.


Sebaliknya dengan intonasi tenang, bintang filem Santau itu sekeras-kerasnya menafikan segala khabar angin yang bertiup kencang itu.


Sebelum ini nama Fauzi pernah dikaitkan dengan isu ‘playboy’ dan kononnya berlaku kecurangan, tetapi dinafikan kedua-dua pasangan terbabit.


Terbaru, Fauzi sekali lagi dikaitkan dengan isu sama meskipun mempunyai dua anak iaitu Nur Aini Farhana, setahun 10 bulan, dan Nur Aina Fazneesya, lima bulan, sejak berumah tangga hampir tiga tahun bersama Lisdawati.


“Bukan sekali cerita seperti ini diajukan kepada saya. Malah, saya naik penat untuk bercerita mengenainya yang ada kalanya melangkaui kisah kerjaya saya. Hubungan saya dan suami berada pada fasa kebahagiaan.


“Tidak sesekali saya mempercayai segala gosip atau spekulasi yang timbul kerana ia tidak berasas dan lebih berbaur cemburu.


“Saya ingin mencabar sesiapa saja yang menjaja cerita busuk seperti ini supaya tampil ke depan, bersemuka dengan saya lengkap bersama bukti sahih. Jangan hanya pandai membawa cerita semata-mata,” katanya.

Aktres kelahiran Kuala Lumpur berusia 31 tahun itu tidak menolak kemungkinan wujud unsur cemburu dan dengki terhadapnya atau suami sehingga cuba meruntuhkan kebahagiaan mereka.


Melihat spekulasi yang masih memperkatakan isu sama, Lisdawati yang sebelum ini pernah menjadi juara Sehati Berdansa bersama Fauzi hanya reda dan terus berdoa untuk dikuatkan semangat.


Dia berkata, tiada siapa mampu menghentikan orang daripada terus bercakap.


“Yang wajib dijadikan panduan adalah sikap optimis terhadap suami dan kekal percaya dengan hubungan cinta kami. Bukan mahu berdiam diri atau berlakon tidak tahu menahu, namun saya sudah selidik dan ternyata ia hanya omong kosong yang cuma ingin mengeruhkan keadaan.


“Kami banyak berbincang dan sentiasa mencari ruang untuk duduk mencari konklusi. Hati isteri mana yang tidak sedih apabila mendengar cemuhan sebegitu terhadap suami, namun bila difikirkan semula, untuk apa saya bersedih kerana kebenarannya di depan mata.


“Bayangkan, saya dan suami sentiasa bersama kerana menjalani penggambaran untuk dua telefilem iaitu Sebelum Akhirat dan Anak-Anak Lorong serta sebuah drama bersiri, Buih-Buih Cinta bersama sejak Januari lalu hingga hari ini,” katanya yang mengakui membaca sebuah ruangan pojok yang cenderung mengisahkan kelakuan suaminya baru-baru ini.


Justeru, dia ingin bertanya bila agaknya ruang yang dia terlepas pandang akan tingkah-laku suami sedangkan 24 jam bersamanya.


Lisdawati turut menjelaskan, senario ‘kaki betina’ atau ‘main kayu tiga’ adalah lumrah dalam kehidupan selebriti sepertinya.


Malah dengan yakin Lisdawati mengakui situasi sebegitu memang wujud di kalangan segelintir artis, tetapi bukan suaminya.


“Sebelum setuju berkahwin, saya dan suami menceritakan segala-galanya baik masalah peribadi mahupun kisah silam kami. Kami teruskan perkahwinan selepas yakin dan percaya antara satu sama lain.


“Saya bukannya bodoh untuk berdiam diri saja... selepas berbincang dan bersemuka, jelas segala tohmahan itu tidak tepat sama sekali.


“Saya kenal suami saya. Sepanjang kami berkahwin, tidak sekalipun saya merasa kosong tanpa perhatian, belaian dan kasih sayang daripadanya. Setiap malam dia bersama saya jika tiada penggambaran. Fauzi suami dan ayah yang bertanggungjawab.


“Kini, saya dan Fauzi merancang mengadakan majlis bersanding setiap 10 tahun bagi meraikan ulang tahun perkahwinan. Kelakarnya, saya dan Fauzi juga berharap kami masih kekal romantis walaupun mencecah usia 60 tahun.


“Dugaan ini terbesar dalam hidup saya. Mungkin kerjaya tidak menguji mana, namun jelas perkahwinan saya punya ujian terhebat.


“Usah terus bercerita tanpa asas, jika benar itu adalah kebenaran yang perlu saya terima, tampillah ke depan dan tunjukkan saya buktinya,” katanya.


Pasangan yang diijabkabulkan pada 9 September 2007 itu bermula daripada perkenalan di set penggambaran.

Pierre Andre Mengaku Pengalaman Kontroversi mematangkan dirinya..


Pelbagai masalah menimpa pelakon dan pengarah berbakat ini, daripada perselisihan faham antara dirinya dan penerbit terkenal David Teo, gosip hubungan cinta dengan aktres-aktres cantik seperti Norliana Samsudin, Julia Ziegler dan juga Fasha Sandha. Malah kisah percintaan halimunan antara Pierre Andre dan gadis misteri bernama Maya Darina Dahlan Hain atau Elie, Molie atau Melia mencetuskan kontroversi sehingga Pierre dikatakan tidak waras dan perkara tersebut telah menimbulkan perasaan bimbang di hati ibu tercinta, pelakon terkenal Khatijah Tan.

Ia menyebabkan Pierre membuat keputusan untuk bertukar angin ke Indonesia dan telah membintangi beberapa drama TV di sana. Malah Pierre turut diberi peluang memegang watak utama dalam sebuah filem romantik komedi bertajuk "Crazy, Crazy, Crazy" yang ditayangkan tahun lepas.

Namun selepas setahun menghilangkan diri, Pierre kembali ke industri perfileman tempatan dengan mengarah sebuah lagi filem seram, "Hijab", yang bakal memulakan penggambaran pada 29 April ini di sekitar Kluang, Johor. Selain diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, Pierre juga turut menjadi penulis skrip dan memegang watak utama dalam filem terbitan YB Pictures ini. Pengalaman lalu dilihat tidak menghalang jejaka berusia 25 tahun ini untuk terus berkarya.


"Saya rasa pengalaman lalu telah menjadikan diri saya lebih matang dalam hidup. Kini saya lebih bijak mengendali sesuatu masalah tanpa perlu melenting. Pengalaman lalu saya jadikan pengajaran kepada diri saya," kata Pierre ketika ditemui di majlis pelancaran "Hijab" baru-baru ini.

Skrip filem "Hijab" ditulis oleh Pierre ketika dia berusia 19 tahun dan masih bergelar pelajar di Akademi Seni Kebangsaan. Filem yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.5 juta mengisahkan seorang pelakon baru Rafae (Pierre). Dia ditawarkan watak utama dalam sebuah filem seram, namun gagal menjiwai wataknya kerana tidak percaya kewujudan hantu. Satu hari Rafae bertemu dengan seorang bomoh yang mampu membuka 'hijab' di matanya agar boleh melihat hantu.

Selain daripada Pierre, "Hijab" turut dibarisi pelakon baru Nur Fathia, Bell Ngasri, Rozie Rashid dan Maimon Talib. Selepas "Hijab", peminat filem Kabir Bhatia dan Allahyarham Yasmin Ahmad ini bakal mengarah "Chantek", sebuah romantik komedi antara seorang lelaki cacat penglihatan dan orang gaji Indonesia. Selain daripada itu, Pierre juga masih dalam pra-produksi sebuah filem aksi yang berkisarkan kumpulan gengster ala-ala "Young And Dangerous" dan "City Of God".


Sensasi:Teringat tentang kisah cinta Pierre dengan Norliana Samsudin atau yana..ala yang berlakon jadi Wawa dlm citer Adnan Sempit...dulu Pierre bercinta dgn yana,then masa dia berlakon 9 September,Pierre syok kat Fasha dan tinggalkan Yana..then tetiba Fasha tanak kat Pierre,dan mengaku syg Pierre sebagai kawan je..then terbaru Pierre dikatakan cuba memujuk Yana...Tp Yana cuba menjauhkan diri drpd Pierre...ish3...

Orang Gaji Bunga Citra Lestari dedahkan tentang kehamilan Bunga


SEPERTI kebanyakan ibu yang pertama kali hamil, artis Bunga Citra Lestari turut tidak ketinggalan menganjurkan kenduri kesyukuran.

Bagaimanapun, majlis tersebut dilakukan secara tertutup dari wartawan.

Perkara itu diberitahu oleh seorang pembantu rumah Bunga.


"Iya ada acara pengajian tapi nggak mau diganggu, acaranya tertutup. Hanya kedua keluarga besar saja yang hadir," katanya yang ditemui di kediaman Bunga di Jakarta Selatan, semalam.

Pembantu rumah itu enggan bercerita lebih lanjut mengenai soal kenduri kesyukuran tersebut.

Apa yang pasti, kenduri itu mengundang beberapa anak yatim.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehamilan Bunga, secara tradisinya dalam Islam, kenduri kesyukuran diadakan apabila kandungan artis jelita itu sudah memasuki bulan keempat.


Sensasi:aik,pembantu rumah plak lebih2 canangkan hal nie...mulut banyak yer..tp kehamilan
Bunga memang dah diduga pabila baru2 nie kelibat bunga kelihatan agak berisi seolah2 mengandung dan memakai pakaian kembang..Tahniah Asraf Sinclair dan Bunga....Mesti cute sgt.

Monday, April 26, 2010

Jenis-Jenis Kegemukan

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal.Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air

•Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
•Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.

Baca Lagi ...

Gambar-Gambar Volcano di Iceland...adakah merupakan salah satu drpd 10 tanda2 akhir kiamat?

Baru-baru nie,gempar diberita bahawa Gunung berapi di Iceland telah meletus dan mengakibatkan hampir seluruh Eropah diselubungi asap,kabus dan habuk..menyebabkan semua ruang udara ditutup dan Penerbangan semuanya delay...

So dgn tetiba Sensasi teringatkan 10 tanda-tanda akhir Kiamat...OMG..scarynyer....

1.Dukshan = Asap yang tebal

2.Dabbah = Binatang yang Keluar dari perut bumi

3.Kelahiran Dajjal -Dajjal dikatakan dilahirkan bermata satu,mempunyai kuasa yang cukup luar biasa.dan merupakan seorang pembohong besar

4.Matahari terbit dari tempat tenggelamnya ..Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.(wallahualam,setahu sensasi Allah maha menerima taubat hambanya..yg ini tak tahu lah mcm mana)

5.Negeri negeri kecil bergabung menjadi negeri besar

6.Turunnya Nabi Isa Al-Masih beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

7. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

8. Gempa bumi di Timur &Gempa bumi di Semenanjung Arab.
9. Gempa bumi di Barat.


10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

kemudian berlakulah Kiamat.

Sabda Rasullullah : Maka Celakalah orang-orang yang masih hidup ketika berlakunya hari Kiamat.

Org-org islam akan mati sebelum berlakunya kiamat iaitu selepas kemusnahan puak Yakjuj dan Makjuj,lepas Yakjuj dan Makjuj mati,Bumi menjadi segar dan penuh dgn rezeki.

Then menurut AL-Quran:maka selepas rahmat diturunkan,maka angin akan melalui ketiak-ketiak menarik nyawa org2 yang beriman dan para Muslim .

Kemudian Manusia yang Kafir dan ALpa hidup dalam kelalaian dan bercampur seperti keldai.ketika itulah berlakunya kiamat.

seram tak?huhuhuhuhu...Semoga kita tidak hidup dizaman itu..








tengok lagi gambar-gambar asap tebal dari letusan

1Malaysia sama dengan 1Indonesia?

1 Indonesia sama dengan 1 Malaysia? Pendedahan ini dari blog politik agak memeranjatkan kerana logo dia pun lebih kurang sama. Siapa tiru siapa ni? Siapa yang buat dulu? Ni kalau forumer Indonesia tau mesti dia orang panggil kita maling.
Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” slogan 1 Indonesia pula ialah begitu mirip sekali iaitu “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan”.

Katanya lagi, 1 Indonesia ni pun idea dari APCO ? ceh..satu pakej rupanya.




Sensasi:APCO adalah consultant dari Israel,yang heboh diperkatakan bahawa PM Najib menggunakan khidmat APCO untuk menaikkan nama beliau sebagai PM Malaysia....Sensasi xtau sgt pasal politik nie...so layankan je..

Kisah disebalik Kes Bunuh Diri seorang Pelajar 15 tahun --> This Formspring Question led to the SUICIDE of a 15-year-old girl

Ok terbaru sensasi tgh melayan Facebook and terjumpa lah group terbaru seperti dibawah...

Seorang pelajar berbangsa Ireland telah Dibuli di sekolah,di facebook,dgn surat,dgn sms oleh rakan2 sekolah..
dan akhir sekali Melalui Formspring,Tekanan yang dihadapi pelajar yang bernama Phoebe Prince nie dah sampai ke kemuncak dan mengambil nasihat org yg menulis soalan di Formspring dan membunuh diri....

Jom lihat dan kaji apa ytg berlaku..

Di dalam Facebook soalan telah di cencored sebab menghormati si mati..tp sensasi dah cari dah supaya korang tahu,mcm mana tohmahan yg dilemparkan..



Q. Your so hurt. People hate you. Your such a slut hahaahaha. actually lemme emphasize the HURT part. yea your body is a monstrosity no your face is hahhahaa ugly *** lips and your breath stanks like horseshit. your nose is humongous... and your EYES! theyre like two swirls of ****! lol you have elf ears too yenno. go ahead and kill yourself because when you die you'll leave the world a better place.

A. I don't know who you are, but i will take your advice. I will kill myself because i am worthless like you said. but I hope you will carry this burden on your sholders for the rest of your life, knowing that you, YOU, killed somebody.


Nie la dia gambar Phoebe Prince yg dikatakan hodoh tak hengat oleh rakan2 perempuan di sekolah barunya...

What???Chantek dan comel ok dis gerl...komfem la mereka2 yg kutuk2 phoebe prince nie jeles dgn dia..ala mcm cerita megan fox...click sini untuk baca cerita megan fox yang dibuli rakan wanita kerana rakan2 lelaki menyukainya,sampai megan fox cuba bunuh diri jugak..same kes ngan dis gerl




ok berikut adalah cerita detail dlm akhbar CBS news

Phoebe Prince "Suicide by Bullying": Teen's Death Angers Town Asking Why Bullies Roam the Halls

SOUTH HADLEY, Mass. (CBS) 15-year-old Phoebe Prince moved from Ireland to Massachusetts, with the promise of a new life. Instead, she took her own life, to escape allegedly vicious bullying, on Facebook, text messages, and in school, and now angry residents of her South Hadley, Mass. community want answers, and punishment for the bullies.

According to The Boston Globe, Prince was relentlessly bullied by girls who called her "a slut," or "an Irish slut." On the day of her death, Jan. 14, Prince was walking home from school when bullies drove by in a car, hurling insults and an energy drink in her direction. Prince kept walking to her house, straight to her closet, and hanged herself.

Photo: Family photo of Phoebe Nora Mary Prince, 15, who committed suicide on January 14.

Tuesday night, Feb. 2, outraged South Hadley residents brought their concerns to the town's Board of Selectmen, according to WBZ News Radio. Some want to know why the alleged bullies are still in school. "What kind of signal are we giving kids at school if some of the bullies are still walking the hallways acting proud," said parent Kathleen Keene.

Photo: Phoebe Prince, 15, committed suicide apparently due to vicious bullying.

But some had other concerns, the station reported, like high school senior Steven Grabowski, who said, "Name and shame these bullies and they will find themselves in the same place that Phoebe was and we will find more families with losing their loved one and more lives torn apart."

The South Hadley police chief told WBZ Radio, "We've subpoenaed records from Facebook, we've subpoenaed web pages from Facebook, hoping to track down perpetrators of some of this criminal threatening."

State representative John Sciback said he expects "there will be criminal charges filed at some point."

Too late for Phoebe Prince.

Kekasih Fauziah Ghous Bukan Iqram Dinzly,tetapi jejaka ini...

Sensasi bila kelapangan akan memng-ushar tweet2 para2 artis local dan international..

So tetiba adalah terbaca tweet Fauziah Ghous kepada Iqram Dinzly..katanya dia bengang,Fadzmel curang dgn dia..huhu

then Iqram reply ckp,betul ke nie...Fadzmel ada baca tak tweet nie,(sambil mengetweet Fadzmel..

So after dat Fadzmel nie pun memujuk Fauziah Ghous dgn berkata dia setia kat Fauziah je,dan Becky tue adalah bapok,bukan skandal dia..kihkih
nie yg sensasi dpt capture

"hahaha sayang, becky tu bapok jantan colleague saya. Hati I suci sehelai kain putih buatmu."

borak2 nie antata Fauziah ,Iqram dan Fadzmel,...Iqram nie mcm kwn baek kepada both of Fauziah dan Fadzmel nie..

Kalau betul lah Fadzmel nie kekasih Fauziah Ghous ..jom ushar seswai tak mereka berdua..






kemesraan Fauziah Ghous dan Iqram mcm kekasih pun ader..huhuhu

ads