Thursday, March 25, 2010

Alex RL4 Jadi Pengacara Warung Kita


Khabarnya si Alex bakal mengacarakan program travelogue, Warung Kita bersama Farouk Hussein untuk musim baru ketiga yang akan datang.

Yang menariknya, untuk musim baru yang ketiga ini, Warung Kita akan menjengah pula makanan-makanan enak yang terdapat di negeri Sabah. Ha, memang sesuailah tu kalau Alex yang jadi pengacaranya.

Bolehlah nanti dia tunjukkan Farouk segala tempat makan yang menarik yang boleh didapati di negeri Sabah khususnya di Kota Kinabalu.

Jadi, untuk peminat Alex, jangan ketinggalan untuk menyaksikan penampilan Alex sebagai pengacara bersama dalam Warung Kita musim baru yang ketiga nanti.

No comments:

Post a Comment

ads