Sunday, January 3, 2010

Puteri Sarah Liyana ditahan tak bayar hutang PTPTN?


Alkisahnya dalam Mingguan Malaysia hari ini mengatakan yang Puteri Sarah Liyana ni bersama keluarganya hendak bercuti ke Krabi, Thailand kira-kira 2 minggu yang lepas. Dah sampai airport pun, tiba-tiba masa pemeriksaan pihak imigresen di dapati nama Puteri Sarah ni termasuklah dalam senarai peminjam PTPTN yang telah di senarai hitam.

Barang-barang Puteri Sarah yang sudah dibawa masuk ke dalam kapal terbang terpaksalah dipunggah semula keluar. Kan menyusahkan penumpang lain yang hendak ke Krabi, Thailand.

Maka Puteri Sarah ni naik hangin lah, dia terkejut sebab dia masih lagi menjadi pelajar Kolej Taylors dalam bidang pelancongan dan hospitaliti masakan namanya dimasukkan dalam senarai hitam PTPTN. Bukan ke bayaran PTPTN hanya dibuat selepas 6 bulan pelajar tersebut tamat belajar? Ini lain pula, belum tamat belajar sudah kena blacklist.

Antara artis yang sebelum ini hendak ke luar negara tetapi ditahan kerana tidak membayar hutang PTPTN ialah Faizal Tahir. Kepada Puteri Sarah, lain kali sebelum membuat perancangan ke luar negara, pastikan nama tidak di senaraihitam oleh pihak PTPTN dulu.

No comments:

Post a Comment

ads