Wednesday, August 25, 2010

Ulasan SENARIO ASAM GARAM

BINTANG
Keseluruhan: 2.5
Plot: 2
Lakonan: 2.5
Sinematografi: 2.5

Tonton filem ini jika anda suka: "Senario The Movie Episode 2: Beach Boys", "Zoo", "Kecoh Betul"

Mungkin ada yang keliru memandangkan jalan cerita "Senario Asam Garam" hampir sama dengan filem komedi "Aman" yang sepatutnya dibuat selepas ianya dilancarkan tahun lalu. Namun atas masalah yang timbul, "Aman" tidak dapat diteruskan. Maka dengan itu, Prof. Dr. Hatta Azad Khan 'menggantikan'nya dengan "Senario Asam Garam", mengubah sedikit perjalanan cerita dan masih mengekalkan beberapa barisan pelakon seperti pelakon cilik Shafimie Don atau lebih popular dikenali sebagai Fimie Don, Azlee Jaafar dan Lan Pet Pet.

"Senario Asam Garam" menceritakan persaingan antara Pak Adam (Azlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka dan juga perebutan Cik Hawa (Julia Hana), seorang ibu tunggal kepada anak lelaki yang bijak dalam merekacipta, Amin (Fimie Don). Pelbagai cara dilakukan oleh Asam dan pembantunya, Garam (Lan Pet Pet) bagi menggagalkan apa sahaja Pak Adam rancang.

Agak sayang apabila karya komedi pertama Hatta kurang menyerlah terutama sekali daripada segi penyampaian filem. Elemen komedi yang ditampilkan pula gagal membuatkan penonton ketawa sehingga adakalanya timbul rasa bosan. Penulis merasakan alangkah baiknya jika komedi itu boleh disampaikan dengan cara yang bernas selain daripada memperbodohkan diri sendiri.

Walaupun telah mencipta populariti hampir 16 tahun, kumpulan Senario masih lagi kekal dalam industri seni tanah air. Pertukaran ahli kumpulan dan pelbagai masalah yang menimpa ahli sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk menghiburkan peminat. Namun penulis merasakan lakonan mereka tiada peningkatan dalam filem ini, sebaliknya sama dengan filem-filem Senario sebelum ini. Ketiadaan Wahid kerana komitmen pula dilihat tidak menjejaskan filem ini. Namun Fimie yang terkenal dengan drama "Hikayat Putera Shazlan" mampu pergi jauh dalam industri lakonan walaupun baru berusia 12 tahun. Sikit pun tidak kelihatan kekok, malah tidak keterlaluan jika lakonannya lebih menyerlah daripada pelakon-pelakon veteran yang lain.

Terdetik juga di hati penulis mungkin ada baiknya jika filem ini tidak mempunyai 'jenama' Senario memandangkan hanya dua sahaja ahli kumpulannya yang terlibat. Namun mesej sifat hasad dengki sememangnya merugikan diri memang berjaya disampaikan oleh pengarah. Apa-apa pun, "Senario Asam Garam" pasti masih lagi mampu menarik minat setiap lapisan masyarakat kerana jalan cerita yang ringan dan tidak memerlukan anda berfikir.

Galeri: Tayangan pra-tonton 4 MADU


Semalam berlangsungnya tayangan pra-tonton filem arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen iaitu "4 Madu" dan juga majlis berbuka puasa di Cathay e@Curve. Filem ini bakal menjengah pawagam pada hari raya Aidilfitri nanti. Ramai juga barisan pelakon yang hadir termasuklah peneraju utama Saiful Apek yang baru-baru ini ditahan polis atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja.

Apa kata kita lihat antara gambar yang sempat Tupai ambil!


Sekali imbas macam YB bukan? Penerbit filem, Ahmad Puad Onah (kiri) dan
A.Razak Mohaideen memberi ucapan sebelum tayangan filem.



Sazzy Falak (kiri) dan Rozita Che Wan kelihatan cantik seperti biasa.


Eh! Si Fasha Sandha ni pun ada juga? Ayu juga Bienda (kanan) pada petang semalam.


Saiful Apek kelihatan baik dan gembira!


Marsha Londoh bersama Sazzy Falak. Rosnah Mat Aris (kanan) pun turut ada.


Saiful Apek bersama 'madu-madunya'...

GAMBAR: Artis Di Sesi Rakaman Melodi Raya

Meriah sungguh sesi rakaman Melodi Raya dengan kehadiran ramai artis yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra tempoh hari. Kalau dah nama artis tu, masing-masing tidak mahu kalah dengan penampilan baju-baju melayulah jawabnya.

Jom kita lihat siapakah artis yang hadir dengan penuh glamour dan vogue sekali!
Reza Mohamad.


Fara Fauzana (kiri) dan Didie Alias.


Pasangan suami isteri bahagia Along Raja Lawak dan Zila (kiri)
dan Mizz Nina.



Linda Onn (kiri) dan Fizz Fairuz.


Trio Kru tanpa adik bongsu mereka, Yusry (kiri) dan Norman.


Leina Hangat (kiri) dan Fabulous Cats tanpa Adeeb dan Wangi.


Datuk Aziz Satar dan isteri (kiri) dan Stacy AF6.


Shila OIAM (kiri) dan merpati dua sejoli
Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Rumah Paris Hilton Dipecah Masuk

Menggeletar lutut MisS SaKurA lihat berita pasal Paris Hilton ini seketika. Akhbar-akhbar dan tabloid di Amerika Syarikat kecoh melaporkan tentang rumah agam miliknya telah dipecah masuk oleh dua orang bersenjatakan 2 bilah pisau. Kedua-dua lelaki tersebut yang berusia didalam lingkungan 40-an telah cuba untuk memecahkan salah sebuah tingkap rumah agam milik model dan penyanyi terkenal itu ketika semua orang sedang lena dibuai mimpi.

Hilton dikatakan telah melihat kelibat dua orang penjenayah itu menerusi kamera litar tertutup dan terus menelefon pihak polis. Mereka telah diberkas di luar kawasan rumah Hilton. "Sangat menakutkan! Saya dikejutkan dengan dua orang yang cuba untuk memasuki rumah saya sambil memegang 2 bilah pisau yang amat besar. Polis telah pun menahan mereka sekarang", jelas Hilton di laman Twitternya.

"I rasa sangat takut dan trauma you! Nasib baik ade hanjing I..."

Paris telah melaporkan bahawa ini bukanlah kali pertama beliau berdepan dengan lelaki yang bersenjata. Pernah sekali seorang lelaki muncul di pejabat ayahnya dan mengaku yang dia adalah tunang kepada anak perempuannya itu. Dia telah berjaya masuk ke kawasan pejabat dan pihak polis telah menjumpai sebilah pisau bersamanya. Menakutkan betul bila jadi public figure ni kan?

Abang-abang polis tengah sibuk menjalankan siasatan dekat rumah Paris Hilton. Kelihatan suspek membelakangi kamera yang sudah diberkas. Inilah gambar yang dimuat naik oleh
cik Paris kita menerusi laman Twitternya.

Friday, July 30, 2010

Awal tak sabar nak kahwin

"Awal plan nak kahwin waktu umur 30 tahun. Sebetulnya Awal tak mahu terburu-buru sebab hubungan dengan Scha baru berusia 10 bulan. Tapi tak mahulah terlalu lambat sangat. Kami ada berbincang mengenainya untuk pastikan kedua-dua pihak mahukan perkara yang sama.

"Yang penting sekarang ni, keluarga merestui hubungan ini dan kami mahukan hubungan tersebut terus kekal. Tapi yang penting kami tak tetapkan bila akan berkahwin tapi Awal memang tak sabar nak kahwin," gurau Awal.

Bekerja bersama kekasih bukanlah perkara yang mudah bagi Awal. Tekanan kerja dan persekitaran mungkin antara faktor yang bakal mengeruhkan hubungan mereka.

"Pertama kali bergandingan dengan Scha dalam Prebet Jamilah dan rasa seperti ada tekanan dalam hubungan kami. Mungkin ini drama last kami akan berlakon bersama sebab dua-dua stress sampai kami tak bercakap antara satu sama lain. Awal sayangkan hubungan ini dan tak mahu risikokannya.

"Kalau berlakon dengan artis lain dan ada kesilapan, Awal tak keberatan nak tegur. Tapi bila dengan kekasih hati, risau juga kalau dia terasa hati. Kadang kadang nak bergurau pun malu sebab takut nanti apa orang kata. Bagi Awal, bekerja sekali memang sesuatu yang sukar dan agak kekok," tambah jurucakap rasmi Kad Dot Red, Red Box ini.

Thursday, May 6, 2010

Komen para pemenang AIM 17 dan gambar sekitar majlis

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi menutup tirai dengan penuh kemeriahan.

Sebanyak 24 kategori telah dipertandingkan sebagai pengiktirafan kepada anak seni tempatan di atas hasil kerja mereka dalam mewarnai industri muzik tanah air.

Malam penuh berprestij ini menyaksikan penyanyi Yuna, mengungguli senarai pemenang anugerah terbanyak pada malam itu. Berikut reaksi para pemenang:

Yuna
Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik & Artis Baru Terbaik
Saya tak percaya langsung saya akan menang malam ini. Saya sangat teruja, sangat-sangat bersyukur dan bertuah dapat penghargaan ini. Ini kali pertama saya menang dalam AIM. Persaingan sangat kuat, yang lain sangat bagus dan berkebolehan. Dicalonkan pun dah cukup ‘Wow!’ dan menang merupakan satu bonus. Tak sangka sangat sebab saya masih baru sangat dalam industri.

Faizal Tahir
Album Terbaik Dan Album Rock Terbaik
Syukur alhamdulillah. Saya sangat tak percaya. Terkejut sebab tak sangka langsung akan menang. Tahun ini persaingan amat sengit. Semua produk yang dicalonkan sangat bagus.

Dato’ Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun album ini disiapkan dalam masa yang singkat, tapi kualiti album ini masih diutamakan.

Kris Dayanti
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Ini satu penghargaan. Moga ia berlanjutan di masa akan datang.

Hazami
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Saya rasa macam mimpi saja. Ini anugerah pertama saya setelah 8 tahun. Sehingga saat ini saya masih tak percaya lagi. Saya tabik pada calon-calon lain iaitu Faizal Tahir, Jamal Abdillah, Vince dan Riz. Suara-suara mereka ini satu dalam sejuta.

Dato’ Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Siti tak menaruh harapan untuk kategori ini. Siti anggap Yuna dan Jac merupakan pesaing yang sangat hebat. Siti bersyukur album ‘Tahajjud Cinta’, yang merupakan sebuah album berunsur kerohanian dapat diterima semua pihak. Album ini cukup istimewa dan ia keluar dengan begitu indah. Album ini sangat menyentuh hati dan yang penting Siti nyanyi dengan sejujur-jujurnya.

Bunkface
Anugerah Kembara
Tak sangka akan menang. Ini satu kejutan buat kami. Rasa teruja, dihargai dan gembira sangat. Ini satu permulaan, harap semua tak pandang Bunkface hanya sebagai sebuah band, tapi melihat kami sebagai band yang boleh pergi ke peringkat antarabangsa.

Adnan Abu Hassan
Anugerah Wirama
Anugerah ini kesimpulan untuk semua hasil lagu-lagu saya selama 35 tahun ini. Saya terharu dan berterima kasih kepada semua. Trofi ini mendorong saya serta pembakar semangat kepada saya untuk buat karya yang lebih bagus.


























Tuesday, May 4, 2010

Video Pelik:Ikan besar makan itik di kolam

Khas untuk org2 yg tak lemah semangat yer..Speaker disarankan bukak supaya dpt memahami keadaan semasa kejadian berlaku...



seram tak kejadian nie?

Video kelakar: Afdlin Shauki nyanyi lagu "Kantoi" versi reply balik

Lagu:Kantoi Whatever
By: Afdlin Shauki




Lagu Asal: Kantoi
By :Zee Avi

Perkara-perkara yang anda tahu dan tak tahu semasa Anugerah AIM ke-17

# Team media elektronik Malaysia yang mahu mewawancara Kris Dayanti bengang apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka masuk di bilik penyanyi Indonesia itu. Tahap bengang mereka juga bertambah apabila diberitahu hanya TV Indonesia saja yang dibenarkan masuk.

# Nampaknya pasangan selebriti yang secocok dan popular, Aizat dan Liyana Jasmay sudah tidak malu-malu lagi untuk berjalan bersama-sama di atas karpet merah. Begitu juga sewaktu mereka diminta mengambil gambar secara berdua dalam acara post-party AIM17.

# Waktu AIM16 dulu, penyanyi cute dari Singapura, Aliff Aziz yang jadi kegilaan ramai gadis-gadis muda dilihat kelihatan cukup mesra sewaktu berdansa dengan Marsha Milan Londoh di atas lantai tari. Dalam AIM17 kali ini, Aliff Aziz sudah bertukar couple. Siapa agaknya wanita yang tinggi lampai itu?

# Keberanian Mawi membangkitkan semula tentang isu dia kena boo sewaktu digandingkan dengan Diana Danielle sebagai penyampai trofi memang wajar dipuji. Namun, pada malam itu Mawi tidak lagi jadi mangsa boo.

# Ramai yang kagum apabila melihat betapa petah dan bijaknya penyanyi dari India, Shruti yang berusia 16 tahun sewaktu berucap di atas setelah albumnya, Life Is A Mystery diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Album India Tempatan Terbaik.

# Sebaik saja diumumkan sebagai penerima Anugerah Kembara, ramai penonton yang nampaknya dah mula jadi bingung. Atas dasar apa anugerah itu diberikan buat band muzik yang masih berusia setahun jagung itu? Ada yang berpendapat penganjurnya sengaja buat lawak dengan keputusan itu.

# Kemunculan band rock legend, Wings sebagai penyampai trofi bagi kategori Album Rock Terbaik berjaya menghangatkan lagi suasana. Malah, ada suara-suara nakal yang tak henti-henti menjerit nama Awie.

# Fan Club Dato Siti Nurhaliza, Sitizoners adalah kelab peminat yang paling aktif dan meriah pada malam itu. Mereka bersorak kuat setiap kali Siti naik ke pentas untuk mengambil trofi kemenangan. Sorakan juga diberikan buat teman baik Siti, Kris Dayanti. Namun sorakan Sitizoners kedengaran lemah sebaik saja album Dayang Nurfaizah, Dayang Live diumumkan sebagai pemenang Album Pop Terbaik. Dan, Sitizoners terus senyap apabila album Faizal Tahir, Adrenalin dinobatkan pula sebagai Album Terbaik.

# Faizal Tahir dan barisan artis Hip Hop iaitu Altimet, Daly (Ahli Fiqir) dan Point Blanc berjaya menampilkan persembahan yang memukau dalam keseluruhan segmen persembahan malam kemuncak AIM17.

#Percubaan Vince Chong untuk membuat magik dalam persembahannya sebagai gimik sewaktu mempersembahkan lagu, Biarkan memang cukup menjadi. Ramai yang kelihatan termangu-mangu apabila salah seorang penari wanitanya hilang secara tiba-tiba di dalam bingkai sebuah potret dan kemudian muncul sambil duduk di atas sofa yang berjauhan dalam sekelip mata. Macamana penari wanita itu boleh hilang dan berubah tempat secepat kilat?

# Kemunculan Dato Sheila Majid bersama Jaclyn Victor dan Karen Kong menerusi lagu Cinta Ada sememangnya ditunggu-tunggu. Vokal nyanyian mereka memang cukup menyerlah. Tapi yang tak menyerlah adalah pakaian Jac dan Karen. Tak seiring langsung dengan pakaian Sheila yang cukup gemerlapan. Divalah pulakkan?

# Banyak wartawan hiburan elektronik, cetak dan online yang tercari-cari Kris Dayanti sebaik saja AIM17 berakhir. Namun, bekas isteri Anang itu langsung tidak kelihatan. Barangkali dia mahu mengelak ditanyakan soalan berbentuk peribadi terutama yang mengaitkan dia dengan Raul Lemos yang masih lagi suami orang.

# Ada sebab kenapa suara Dato' Siti Nurhaliza seolah-olah tidak sampai sewaktu membawakan lagu duet, Jika Kau bersama teman baiknya, Kris Dayanti. Rupa-rupanya dia terkena demam panas. Sebab itulah Siti cepat-cepat pulang selepas selesai diwawancara wartawan di sidang media AIM17 sejurus selepas berakhirnya malam kemuncak anugerah tersebut.

# Kalau tidak kerana Afdlin Shauki dan Adibah Nor yang bertindak sebagai pasangan hos pada malam itu, malam kemuncak AIM17 mungkin akan jadi boring. Afdlin dan Adibah bukan saja berjaya mencuit hati dengan aksi dan lawak spontan mereka yang gila-gila tetapi bersahaja tetapi juga tampil dengan punching line yang cukup menarik. Pasangan hos yang serasi ni juga nampak cukup cute bila me menyanyikan lagu Pagi Yang Gelap daripada Hujan serta Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) dalam versi mereka sendiri.

# Nampaknya selepas ini makin ramailah yang terikut-ikut dengan cara Afdlin Shauki menyanyikan lagu Kantoi daripada Zee Avi yang telah diubah liriknya demi semata-mata untuk mempertahankan 'kecurangan' kaum lelaki.

# Disebabkan 'over run' dan sudah kesuntukan masa, penerbit AIM17, Jennifer Thompson yang juga bekas isteri pengarah muzik, Ramli MS terpaksa turun padang sekali untuk mengangkat peralatan muzik yang masih tertinggal di atas pentas setiap kali artis selesai membuat persembahan.

Komen para pemenang AIM 17 dan gambar sekitar majlis

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi menutup tirai dengan penuh kemeriahan.

Sebanyak 24 kategori telah dipertandingkan sebagai pengiktirafan kepada anak seni tempatan di atas hasil kerja mereka dalam mewarnai industri muzik tanah air.

Malam penuh berprestij ini menyaksikan penyanyi Yuna, mengungguli senarai pemenang anugerah terbanyak pada malam itu. Berikut reaksi para pemenang:

Yuna
Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik & Artis Baru Terbaik
Saya tak percaya langsung saya akan menang malam ini. Saya sangat teruja, sangat-sangat bersyukur dan bertuah dapat penghargaan ini. Ini kali pertama saya menang dalam AIM. Persaingan sangat kuat, yang lain sangat bagus dan berkebolehan. Dicalonkan pun dah cukup ‘Wow!’ dan menang merupakan satu bonus. Tak sangka sangat sebab saya masih baru sangat dalam industri.

Faizal Tahir
Album Terbaik Dan Album Rock Terbaik
Syukur alhamdulillah. Saya sangat tak percaya. Terkejut sebab tak sangka langsung akan menang. Tahun ini persaingan amat sengit. Semua produk yang dicalonkan sangat bagus.

Dato’ Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun album ini disiapkan dalam masa yang singkat, tapi kualiti album ini masih diutamakan.

Kris Dayanti
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Ini satu penghargaan. Moga ia berlanjutan di masa akan datang.

Hazami
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Saya rasa macam mimpi saja. Ini anugerah pertama saya setelah 8 tahun. Sehingga saat ini saya masih tak percaya lagi. Saya tabik pada calon-calon lain iaitu Faizal Tahir, Jamal Abdillah, Vince dan Riz. Suara-suara mereka ini satu dalam sejuta.

Dato’ Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Siti tak menaruh harapan untuk kategori ini. Siti anggap Yuna dan Jac merupakan pesaing yang sangat hebat. Siti bersyukur album ‘Tahajjud Cinta’, yang merupakan sebuah album berunsur kerohanian dapat diterima semua pihak. Album ini cukup istimewa dan ia keluar dengan begitu indah. Album ini sangat menyentuh hati dan yang penting Siti nyanyi dengan sejujur-jujurnya.

Bunkface
Anugerah Kembara
Tak sangka akan menang. Ini satu kejutan buat kami. Rasa teruja, dihargai dan gembira sangat. Ini satu permulaan, harap semua tak pandang Bunkface hanya sebagai sebuah band, tapi melihat kami sebagai band yang boleh pergi ke peringkat antarabangsa.

Adnan Abu Hassan
Anugerah Wirama
Anugerah ini kesimpulan untuk semua hasil lagu-lagu saya selama 35 tahun ini. Saya terharu dan berterima kasih kepada semua. Trofi ini mendorong saya serta pembakar semangat kepada saya untuk buat karya yang lebih bagus.


























ads