Wednesday, October 14, 2009

Melissa Maureen & Malique dirompak-Melissa di cabul



Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi. Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah. Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

4 comments:

  1. apa yg melissa maureen cakap tentang polis malaysia tu memang betul. kawan aku pun pernah mengalami insiden yg lebih kurang sama. memang hampeh polis malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. tapi xsemuanyer.. tapi polis yg macam ni la memburukkan nama polis.. taik punyer polis kalo camtu.. nak tgk tv balik tgk rumah la.. x pun dok bwh tetek binila..

    ReplyDelete
  3. hmm,bodo la ko...kat malaysia skarang dah maken teruk..harap pihak kerajaan akan mula sedar dah ader pekerja2 bawahan yang suke makan gaji buta...

    ReplyDelete
  4. Bro & sis,

    Camna orag bawah tak gitu. PM dengan Menteri-menterinya "perompak berlesen". Kes PKFZ bukan ke Kabinet yang luluskan. KPN pulak bapak gangster beruniform.

    ReplyDelete

ads