Wednesday, September 30, 2009

Scha, Fahrin Sebenarnya Dah Putus?


KL, 22 SEPTEMBER 2009: Hai.... tengah rancak makan kuih samprit dan putu kacang, tersedak pula apabila mendengar cerita gosip hangat yang terbaru ini. ingat hari raya begini dapatlah relaks sekejap - malas nak jinjing teropong dan laptop ke sana ke mari, tapi ada juga gosip panas melintas!


Korang nak tahu cerita apa, ia adalah cerita tentang pasangan merpati yang akan menjadi hos Sehati Berdansa 3, siapa lagi kalau bukan Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad.


Sumber yang terdekat dengan mereka telah memberitahu semalam bahawa mereka berdua sebenarnya tengah Clash of the Titans! Maksudnya, hubungan mereka tengah bergolak malah sebenarnya telah pun putus, baru-baru ini. Eh, biar betul?


Kalau tak silap, baru-baru ini juga ada terbaca kenyataan Scha yang berkata, kalau tiada aral melintang, bercadang untuk berkahwin dengan Fahrin dalam tempoh kira-kira 2 tahun lagi. Tup tup pula sekarang, timbul khabar angin mengatakan mereka dah 'potong kek' (break off).


"Sebenarnya mereka dah putus sebelum sidang media Sehati Berdansa 3, di Kuala Lumpur, minggu lepas lagi. Tapi mereka berdua tetap profesional dan datang dengan senyuman. Lagipun mereka berdua kan duta serta model Celcom, jadi mereka mereka kenalah pro menerima tugasan itu," kata sumber terbabit.


Kata sumber berkenaan lagi, antara sebab musabab Scha dan Fahrin tidak mahu menjadi kekasih lagi disebabkan Scha belum bersedia untuk menjadi isteri Fahrin sekarang. Faham ajelah, kan Scha tu masih muda dan mahu mengejar cita-citanya dalam bidang seni. Tapifaham, adat orang bercinta memang begitu, minggu lepas berpisah, minggu ini boleh bercantum semula. Betul tak?


Dalam pada itu, ada pula teori mengatakan gosip itu itu sengaja diada-adakan bagi memanaskan Sehati Berdansa 3 yang baru hendak bermula. kurang setuju dengan dakwaan itu sebab kalau hendak dikirakan rating, orang lebih teruja hendak tengok pasangan-pasangan beraksi dan berentap pada setiap minggu. Hos boleh dikira sebagai tarikan sampingan.


Tengoklah musim lepas, peminat Amyza Aznan dan Lisdawati bukan main kecoh lagi berperang gara-gara menyokong penyertaan mereka dalam Sehati Berdansa 2. Tapi tidak dinafikan, dengan ketiadaan Linda Onn yang juga bekas kekasih Fahrin dulu, orang nak tengok juga macam mana persembahan Scha apabila digandingkan dengan Fahrin kelak. Sama-sama kita saksikan nanti.



Kesian dengan Si Fahrin tu, kalau hendak bercinta, ada-ada saja masalahnya!

Gosip Fara Bunuh Diri: Julfekar Menangis


KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2009: Komposer kontroversi Julfekar sebak dan menangis apabila ditanya kesahihan khabar angin yang mengatakan bekas kekasihnya, Farawahida telah mati kerana membunuh diri hari ini.


Julfekar berkata, awalnya dia amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita itu daripada kenalannya dan semakin cemas apabila ramai pihak media mula menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.


"Walaupun kami masih lagi berkonflik dan dalam keadaan tegang, jauh di sudut hati, saya masih sayangkan Fara dan sudah tentu tidak mahu mendengar tragedi seperti itu berlaku ke atas dirinya. Bila pertama kali mendapat khabar angin itu, saya terus terbayangkan saat-saat indah kami bekerja bersama.


"Tadi, rakan editor saya sudah menghubungi Fara tadi dan mengesahkan Fara berada dalam kedaan baik. Saya tidak tahu dari mana timbulnya gosip seorang artis telah membunuh diri hari ini dan orang yang disebut itu ada nama Wahida. Hati saya menjadi cemas dan tertanya-tanya apakah dia Farawahida atau ada Wahida yang lain?" kata Julfekar.


Dalam pada sebak dan terharu, Julfekar tertanya-tanya apakah motif berita palsu Farawahida mati bunuh diri itu bertujuan untuk mengalih tumpuan orang terhadap isu krisis beliau dengan penyanyi lagu Rakus itu selama ini.


"Entahlah lepas satu, satu, saya pun tak mahu ulas panjang-panjang lagi. Krisis kami dah jadi kes mahkamah dan biarlah kami selesaikan dengan peguam masing-masing, sekiranya itu yang Fara mahu," kata Julfekar.


Sementara itu, Farawahida kini berada dalam kedaan selamat bersama keluarganya dan turut terkejut dengan penyebaran khabar angin yang menggemparkan itu

Saturday, September 26, 2009

Waris Mahsuri Ke-7 Wan Aishah






Mahsuri. Siapa yang tak tahu cerita Mahsuri sila angkat tangan anda sambil membuat muka tak malu. Alamak, kami pun dah tak ingat sangat dah(sambil menahan malu di muka). Haha. Sapa yang ingat tue boleh la cerita kat kitorang di ruangan komen nanti.

Tapi yang pastinya sumpahan Mahsuri yang 7 keturunan dia tak boleh nak jejak kaki kat Langkawi. Kalau jejak je muntah-muntah tue. Memang gile ah sumpahan Mahsuri nie.

Jadi siapa pulak Wan Aishah nie? Melalui apa yang digembar-gemburkan, si Wan Aishah nie adalah keturunan ke 7 Mahsuri. Kiranya dia nie kalau jejak kaki kat Langkawi pun tak rasa apa-apa la. Sumpahan Mahsuri tue dah berakhir bila kat dia. Leh la merasa shopping barangan duty free. Hehehe.

Ok cuba anda tengok gambar Wan Aishah nie dan bayangkan macam mana muka Mahsuri. Rasanya walaupun dah berlalu 7 keturunan, mesti ada sisa-sisa dan baki-baki iras-iras muka Mahsuri kat Wan Aishah nie. Boleh tahan jugaklah kecantikan Wan Aishah nie. Jadi semestinya Mahsuri lagi cun kan?

P/S: dedulu x la cantik mcm ni kot..skrg semakin cantik....

Thursday, September 24, 2009

Kesimpulan-Cinta Bersyarat


Ada kawan aku bagitau cerita ni tadi... Dan seperti biasa, aku tokok tambah elemen dramatik supaya sedap dibaca.

Ada sokrang suami. Dia ni kaya dan hensem. Isterinye pula tidak la burok, malahan cantik adanya. Elok rupa, dan tutur kata.

Satu hari yg hening, si suami bekata kepada isterinya...

"Abang nak kawin lain."
Isteri sedih tidak terhingga. Menangis teresak2 adanya.

"Kenapa bang.. apa yang kurang pada saya? Tak cantik kah saya ni?"
Suami mengeluh...

"Bukan tak cantik, tapi... kita ni dah setahun kahwin. Saya sunyi. Nak anak2."

Isteri pelik seketika.
"Bukan ke dulu abang yang nak kita tunggu. Dah dua tiga tahun kawin baru nak anak?"

Suami menjawab
"Itu dulu... sekarang saya sunyi... Okey, kalau awak taknak saya kawin lain, awak kena beranak utk saya."

Maka si isteri akur, lalu berusaha dan bersusah payah mengandungkan bayi selama sembilan bulan. Alhamdulillah... rumahtangga aman kembali.

Tapi setelah anak berusia beberapa tahun, si suami mengeluarkan perkataan yang sama kembali.

"Saya nak kawin lain."

Sekali lagi si isteri tersentak.

"Kenapa bang? Bukan ke saya dah bagi anak untuk abang? Apa lagi kurangnye saya?"

Suami mengeluh. Pandang isteri ke atas, ke bawah.

"Tak la.. dulu sebelum beranak, awak ni cantik aje. Lepas beranak, badan menggelebeh, perut pun dah nampak, dagu pun dah dua..."

Isteri pun hairan, padahal takde la teruk sangat berat badannya naik selepas beranak. Dia yg semakin sedih tak mampu menahan dan terus menangis.

Suami rasa cam serba salah. Setelah berfikir2 memandang siling.... dia berkata.
"Baik. Kalau awak taknak saya kawin lain. Awak kuruskan badan. Dapatkan balik bentuk badan macam sebelum kita kawin dulu..."

Si isteri ni pun, akibat sayang dan patuh pada suami, di turuti jua permintaan itu. Turun naik gym lah dia. Bersenam yoga, jaga pemakanan, London weight management, marie france.. apa je yg tak dicuba... sehingga akhirnya dia berjaya menguruskan badan, malahan lebih lazat daripada sebelumnye.


Dan apabila dirasakan rumahtangganya berjaya dikawal... suami berkata lagi... ayatnye kali ini...

"Saya dah kawin lain..."


*silence*


... dan kesimpulannya... cinta bersyarat memang tak akan kekal lama. Lebih baik blah je. Sebab apa jua yg kita buat utk puaskan hati dia... memang dia tak akan puas hati...

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Ibu yang berdendam terhadap menantu-Touching

semoga menjadi pengajaran berguna buat kiter semua..hehehe

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.
Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
.........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua


*HAHAHAHAHA

Thursday, September 3, 2009

Fasha Sandha berlakon menangis dlm macam-macam Aznil-air mata sedih kerana dicemuh blogger?



Video ni masa program Macam-Macam Aznil tempoh hari. Sebelum ni artis jemputan adalah Datuk Jalaluddin Hassan. Nak tunggu air mata dia keluar kena bantuan dengan muzik untuk mood tapi tidak bagi Fasha Sandha. Belum apa-apa terus keluar air mata Fasha Sandha. Tak perlu muzik pon.

Haa..After that Pak Nil panggil pulak penonton utk menangis...
Bila lagu sedih yg meruntun jiwa itu dipasang..meleleh air mata sensasi...isk2...tue mmg lagu feveret sensasi pun dan setiap kali dgr mmg terasa sedih dan sayu....


Teknik Urutan Cakar Rimau buat suami tersayang




1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.


6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

Tuesday, September 1, 2009

you're FIRED...melalui facebook

="#">

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Tips tipu harga minyak dari supervisor petronas

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '0', '0' (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.80 seliter...

HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje! ;-D

Harga Minyak naik


Kuala Lumpur, 1 Sept – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin.”



Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi.”

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,”Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap ‘Merah’, ‘Hizau’ minyak lama, ‘kuning’ minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.”

Mungkinkah Tun Daim Zainuddin orang Melayu terkaya di dunia?



SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali
sebagai ‘Daim Yang Diam’

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai
orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu
apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan
‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun
seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun
dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan
mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania. Ketika itu
aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-
Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk
pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah
masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam
hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia
lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang
‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai
bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar
yang besar itu.

“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin.
We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine
branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat
itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya
di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang
sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana
‘Daim Yang Diam’.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The
Banker di London.)

Rumah Baru Sharifah Aini ,Gaya Mewah




Jiwa cukup tenang tatkala berada di kediaman mewah berkonsep Mediteranean, Inggeris dan Perancis itu. Kediaman yang dilengkapi ciri kawalan keselamatan yang serba canggih itu adalah ilham dan cita rasa Kak Pah yang sememangnya meminati dan mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman. Bukan hanya memiliki dua ruang tamu yang dihiasi indah dengan pelbagai jenis sofa mewah dan klasik, malah kediaman itu turut dilengkapi surau yang boleh memuatkan seramai 75 tetamu.

Ruang tamu keduanya seluas 2,500 kaki persegi mampu memuatkan 50 tetamu yang hadir dalam satu masa. Malah ruang menunggu kediaman itu turut dihias cantik dengan dua lampu chandelier yang mahal dan mewah.

Jika bosan menonton TV, Kak Pah selesa beriadah sambil minum petang di halaman kolam renang yang indah dan sejuk mata memandang. Sekitar kediaman pula dihiasi bak `taman indah' yang penuh dengan tumbuhan hijau dan merimbun.

Banglo 14 bilik itu juga termasuklah biliknya yang dilengkapi bilik khas untuk pakaian, kasut, aksesori, spa, facial, salun dan dapur kecil untuk memudahkan urusannya setiap hari. Malah setiap bilik mempunyai identiti dan konsep tersendiri. Kak Pah tidak pernah mengabaikan keselesaan empat peneman setianya iaitu pembantu rumah, tukang kebun dan pengawal peribadinya. Bilik mereka dihiasi indah dengan bilik air serba mewah, bilik menonton TV dan bacaan.

Dan sebuah surau yang dibina di tingkat dua kediaman itu membuatkan kediamannya sentiasa ceria dan tidak sunyi menerima kunjungan sanak saudara dan rakan taulan untuk majlis agama. Menjadi kemestian buatnya, setiap malam Khamis, majlis Asma Al'husna diadakan di surau itu.

Secara jujur, Kak Pah akui: "Inilah kelebihan yang Allah SWT limpahkan kepada saya selepas 40 tahun bergelar anak seni. Apa yang tidak saya lalui - fitnah, cercaan dan hinaan menjadi mainan hidup, tetapi berkat kesabaran, saya mampu memiliki apa yang diinginkan setiap insan.



"Walaupun ada kalanya perit untuk ditelan tetapi saya hadapinya dengan penuh kesabaran. Alhamdullilah, Tuhan sedang menguji saya ketika itu. Kerjaya nyanyian saya hampir terkubur gara-gara kontroversi yang terpalit, tetapi syukur saya masih mampu berdiri. Dengan berkat kesabaran itu juga, saya menjalani kehidupan dengan aman dan tenang."

Akuinya, kediamannya itu mengambil masa selama setahun untuk disiapkan memandangkan semuanya dilakukan sendiri. Dari konsep, mencari material hinggalah proses pengubahsuaian, semuanya adalah ilham Kak Pah.

"Dengan bantuan arkitek, saya mencari sendiri material yang sesuai untuk kediaman. Satu persatu saya cari untuk kepuasan sehinggalah ia mengambil masa setahun. Bayangkan dari sekecil benda hinggalah material besar, semuanya saya pilih sendiri.

"Saya akui memang cerewet kerana saya mahukan kepuasan. Saya tak kisah mengambil masa lama tetapi saya puas memiliki kediaman yang dihiasi indah dan nyaman. Saya juga tidak selesa memiliki kediaman yang padat dengan hiasan dan perabot, sebaliknya saya lebih selesa dengan kesederhanaan," kata ibu kepada seorang remaja lelaki dan sembilan anak angkat yang masih menuntut di Madinah itu.

Kak Pah berkata, kediamannya juga dijadikan rumah contoh untuk kawan-kawan dan pelanggan yang mahukan khidmatnya sebagai perunding hiasan dalaman, malah tidak keterlaluan dirinya juga boleh menjadi `personal shopper' untuk pelanggan yang inginkan cita rasa mewah dalam menghias rumah dan mendapatkan perabot.

Dengan nada perlahan, Kak Pah akui: "Saya tak sangka pula ramai yang tertarik dengan hiasan dan struktur rumah saya hingga mahukan saya menjadi perunding hiasan dalaman rumah mereka. Bersama dua rakan niaga, saya menubuhkan White Roses Production untuk mengendalikan perniagaan hiasan dalaman. Sehingga kini, saya sudah memiliki lima pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat saya.

"Sebenarnya saya belajar dan mendalami bidang hiasan dalaman di Malaysia dan Singapura sejak 1990 lagi, bagaimanapun kesibukan membuatkan saya tidak berkesempatan mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang ada. Sejak dulu, saya memang meminati bidang hiasan dalaman hinggakan saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku berkaitan hiasan dalaman," katanya.

Terbaru mengenai kariernya, Kak Pah juga akan muncul dalam persembahan Dinner Show @ An Evening with Datuk Sharifah Aini yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 17 Julai ini. Persembahannya lebih kepada perkongsian pengalaman selama 40 tahun bergelar anak seni.

ads