Wednesday, August 26, 2009

Maizawati difitnah meninggalkan suami pertama utk bersama Akhil


Ketika ini, masyarakat terus memperkatakan tentang perceraian Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, serta perkahwinan terbaru Akhil dengan penyanyi Waheeda, 31. Pelbagai komen dan kritikan telah dilemparkan. Dan ada di antaranya turut menuduh Maizawati yang dulu pernah berkahwin dengan seseorang, telah meninggalkan suaminya itu semata-mata untuk menjadi isteri Akhil!



"Saya perlu bersuara kerana tuduhan saya pernah meninggalkan suami pertama demi untuk hidup bersama Akhil tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita-cerita karut dan keterlaluan seperti ini. Memang saya sendiri ada terbaca dalam internet tentang gosip ini.
"Sebenarnya, perkahwinan pertama saya dulu berlaku pada usia 17 tahun. Ketika itu, pemikiran saya masih mentah lagi dan saya berkahwin bukan atas kerelaan sendiri tapi atas kehendak keluarga. Apabila perkahwinan itu tidak terjadi atas kerelaan hati, banyak masalah mulai timbul. Akhirnya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga iaitu pada usia saya masuk 20 tahun, kami pun mengambil keputusan untuk berpisah. Hasil perkongsian hidup itu, saya dikurniakan 2 anak yang kini tinggal bersama saya.
"Kebetulan, ketika saya dalam proses hendak berpisah dengan bekas suami pertama itu, secara tidak sengaja, saya dan Akhil telah berjumpa. Pertemuan itu berlaku di sebuah kedai makan. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Akil iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi.

"Pada pertemuan itu, Akil kebetulan sedang mencari calon isteri untuk berumah tangga dan saya pula berpisah dengan suami. Selepas bertemu semula, Allah telah membuka hati kami sehinggalah kami mengambil keputusan untuk berkahwin," jelas Maizawati.

No comments:

Post a Comment

ads