Wednesday, July 8, 2009

Norman KRU bakal Menamatkan Zaman bujangnye dgn staffnya,CEO jugak






Tahniah sepuluh kali buat Norman kerana akhirnya dia jumpa juga dengan bakal isteri yang cantik menawan itu. Rasanya tak ramai tahu Norman yang sekarang dah masuk umur 37 tahun rupa-rupanya tengah bercinta dengan pekerja dia sendiri. Rupa-rupanya wanita yang dimaksudkan ialah Shireen Hashim iaitu pekerja Norman yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KRU International.

Shireen bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan untuk pasaran antarabangsa projek syarikat tersebut. Percintaan Norman yang juga Presiden dan CEO KRU Berhad itu berputik sejak Shireen dibawa masuk ke dalam syarikat kira-kira dua tahun lalu.

Selepas dua tahun melayari percintaan, akhirnya mereka memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dalam waktu terdekat. Menurut sumber jika tak ada aral melintang dalam bulan Ogos sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan satu majlis akan berlangsung. Sama ada majlis bertunang atau perkahwinan belum dapat dipastikan lagi.

Tapi yang pasti ada sumber berkata Norman selalu panggil Shireen dengan panggilan sayang di pejabat. Menurut sumber juga, Shireen pernah berkahwin sebelum ini dan sedikit "senior" daripada Norman

No comments:

Post a Comment

ads