Friday, July 31, 2009

Liana memalukan keluarga

"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? ... anak awak nie dah mengaku... ... issshhh... ... ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.

Liana dah nekad apa terjadi... . jadilah... .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.

Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat... .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!... ... .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut... .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya... . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani... . dia dah boleh terbang...

Pak Pandir pergi zoo


Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm... baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

Jokes: Misteri Sang Ayah


Siapakah Ayahnyer...

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50. Sepanjang perkawinan tersebut mereka dikurniakan anak seramai 8 org..28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut..si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya...

Suami: Sayang...ada satu hal yang abang ingin tanyakan kepada sayang sejak sekian lama. Tapi abang risau pertanyaan tersebut menyebabkan sayang berkecil maka abang pendamkan saja. Tapi malam ini malam istimewa ..jadi ada baik nya abang tanyakan sekarang....

Isteri: Ape dia bang... tanya je la... sempena malam istimewa ni ayang akan jawab apa saja soalan abang...

Suami: Begini ..anak kita yang no-4 tidak mirip dengan adik beradik yang lain..Adakah Ayah nya berbeza?

Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu...lalu perlahan menundukkan kepala tidak sanggup melihat suaminya itu..Dengan perlahan si isteri menjawab..

Isteri: Ya.... biar la ayang berterus terang. Ayahnya memang berbeza..

Hening seketika...mata si suami sudah bergenang dengan air mata..tapi di tahan sebak di dada...lalu dia pun berkata perlahan...

Suami:Erm...ohh..begitu....Kalau begitu..boleh kah abang tahu siapakah Ayahnya....???

Hening lagi suasana...Si isteri lama mendiamkan diri lalu di tabah kan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.

Isteri: Ayah nya...ialah....Abang..

Jokes:Service Charge


Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi...

Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50..

Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya...

Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta..Setelah beberapa ketika..Kekasihnya bersuara Sayang...takkan kita nak lepak sini je..jom la kita balik ke bandar....Lalu lelaki itu pun menjawab..Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60....

Naib Juara 'Gadis Melayu' Aishah pernah digelar 'Melayu murtad' semasa di sekolah


NUR Aishah Zainal adalah gadis biasa yang anda temui di jalanan dua atau tiga tahun lalu. Dia tidak bertudung dan pernah dipersendakan sebagai 'Melayu murtad' oleh kawan-kawan rapatnya kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Mandarin.

Selepas menyertai program realiti hiburan 'Gadis Melayu' musim pertama pada tahun lalu, Aishah tampil hari ini seorang ikon gadis Melayu. Lebih membanggakan, dia ialah naib juara Gadis Melayu musim pertama.

Menurut Aishah, dia menerima 'hidayah' daripada Yang Esa sewaktu mengikuti sesi keagamaan oleh Datuk Ustazah Nurbaiyah dalam program realiti tersebut.

"Dia bagi 'lecture' pada minggu kelima.. tiba-tiba, saya berasa terpanggil untuk memakai tudung. Ibu, kakak dan adik perempuan saya memang bertudung kecuali saya pada masa itu.

"Ibu saya memberikan kelonggaran kepada saya. Dia kata, "you can decide when you are ready"," kata Aishah ketika menjadi pengacara bersama sesi pengenalan 12 peserta Gadis Melayu musim kedua di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.


Malah kata Aishah, kawan-kawannya pun terkejut dengan penampilan barunya yang bertudung. "Ada yang kata, saya kelihatan lebih jelita tanpa bertudung.

"Saya kini lebih selesa bertudung. Jika jiwa tak kuat, saya memang akan terdorong untuk tidak memakai tudung," ujarnya yang fasih berbahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Gadis Melayu yang cantik ini berkata, dia menguasai bahasa Mandarin kerana pernah belajar di Pei Fong Primary and High School, Melaka atas permintaannya sendiri.

"Entahlah.. saya suka mendengar sebutan bahasa Mandarin sewaktu kecil. Di sekolah, rakan-rakan sekolah Cina memanggil saya 'Melayu murtad'," katanya sambil tergelak.

Lebih melucukan, kata Aishah, dia memperolehi 6A dan 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Ibu mengingatkan Aishah jangan melupakan bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Melayu," kata Aishah yang berharap dapat menjadi pembaca berita Mandarin di kaca televisyen.

Sejak menjuarai 'Gadis Melayu', Aishah beransur-ansur menerima tawaran berlakon malah lamaran!

Aishah berkata, dia terpaksa melepaskan satu peluang berlakon dalam drama kerana sibuk dengan kerjanya sebagai pembantu khas kepada Setiausaha Politik, Kementerian Pelajaran.

"Ibu menggesa saya berkahwin cepat kerana dia menerima risikan daripada pelbagai pihak," katanya sambil mengukir senyuman manis.

Bagaimanapun, Aishah, 24, menyasarkan berkahwin apabila mencecah usia 27 tahun tetapi akur jodoh terletak di tangan Tuhan.



"Saya tidak menginginkan lelaki pilihan saya mempunyai rupa, harta ataupun status. Cuma keserasian. Aishah hakikatnya seorang yang sangat manja dan harap si dia faham," tuturnya lemah-lembut.

Memandangkan kakak dan abangnya telah berkahwin, Aishah terasa 'bahang' desakan ibu bapanya untuk mempunyai pasangan hidup.

"Bagaimanapun, saya tidak akan tergesa-gesa untuk mencari teman hidup kerana ia adalah keputusan seumur hidup," katanya yang merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik.

Dagu Linda On semakin runcing?Kenapa?

Gambar Dulu

Gambar Sekarang

Mungkin Linda On semakin Kurus..tapi jelas Dagunya semakin runcing skrg kan..



Jokes:Comic Ganu...Selsema babeng


Thursday, July 30, 2009

Three Cats Cronology -2nd year birthday

Adopted on 7th April 2007.

Name (from left to right) - Abang (brother), Kakak (elder sister), Adik (youngest sister)

History - 3 kittens was found in a box during rainy day, in front of a small shop in Setiawangsa, Kuala Lumpur. They are orphan kittens. Shop owner say, someone leave box in front his shop, and found 3 kittens inside. After rescued these 3 kittens, they are all nursing with bottle and kitten milk for few months.

So now, they are 2 years old. Been struggle and fight to live. It’s hard to see orphan kittens grew up until 2 years old without a mother since 10 days old. I’m proud of this 3 siblings.

For human who ever thinking to commit suicide, think again, appreaciate your life, you will never get it back again if you mess with it.




Picture above: The day I brought them home.

Picture above: Few weeks old.

Picture above: 1 year plus old
Born on 28th March 2007. (Estimated by the vet. It is good to have 1 date to celebrate their birthday, you must write down your cat date of birth )

Credit to:freakzter

Kes Perceraian Artis Sepanjang tahun 2008

  • Singer, Azharina Azhar or Azharina, 23, and Datuk Sukri Mohamed, 50. (February 2008)



    -


  • Singer, Farah Asyikin Zulkifli or Farah Asyikin, 28, and Dr Fariz Yahya, 30. (26 May 2008)



    -


  • Singer, Siti Fairus Sheikh Mohamed or Siti Fairuz, 44, and Mohamad Zainuddin Kordi, 45. (14 July 2008)



    -


  • Actress, Nor’ Ashikin Karman or Norish Karman, 34, and Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60. (15 July 2008)



    -


  • Actress, Nora Mohd Danish Hanif or Nora Danish, 26, and Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38. (12 August 2008)



    -


  • Singer, Norazlina Abd Rahman or Leina Hangat, 36, and Muhammad Jamal Delaloy Abdullah, 40. (6 August 2008)



    -


  • Singer, VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil or Cham VE, 30, and Karmila Khalid, 31. (8 September 2008)



    -


  • Singer, Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman or Anis Suraya, 28, and Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, 28. (14 October 2008)



    -


  • Actress, Emma Akma Yunus or Emma Akma, 39, and Mohd Kamal Jaafar Sidek, 34. (29 October 2008)



    -


  • Actor, Nasrizal Ngasri or Bell, 29, and Nur Farhana Mahamad Fauri, 26. (24 November 2008)



    -


  • Singer, Noraniza Idris, 40. (Unknown date 2008)



    -


  • Actor, Mohamed Nurhakim Zaidon or Norman Hakim, 32, and, Actress Arbaeyah Abdul Manan or Abby Abadi, 30. (18 December 2008)







    1. Celebrity Waiting For Divorce 2008.





      1. Actor, Mohd Aszerul Nizam Abdullah or Beego, 28, and Intan Shahira Mohd Shahru, 27.



        -


      2. Singer, Jamaluddin Elias or Nash, 48 and Sosilawati Lawiya, 44.



        -


      3. TV-Movie Director and Actor, Aziz M Osman, 46, and Nor Radhiah Ramli, 22.



        -


      4. Vocalist of OAG, Mohd Radhi Razali or Radhi OAG, 31, and Shazlin Sharif, 30.



        -


      5. Singer, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, and Song Writer, Jamaludin Sulik or Seri Bayu, 43.



        -


      6. TV3 host, Zakiah Anas, and Yusof Mohamad Taib, 46.



        -


      7. TV3 host, Mazidul Akmal Sidek and Khairul Fazlin Kamaruddin, 38.


      Tinggal Kenangan-Radhi dan Keluarga tersayang~

      Sensasi merasa agak sedih melihat keadaan mereka berdua yang kini bukan lagi loving couple mcm dulu2...they used to be one happy family kans..look at them,and radhi,he loves his son so much....thats very nice...Shazlin dan Radhi kedua2nya org sarawak..then masa di srwk dulu they all dah couple,that time OAG masih blum glamer sgt lg..then,Shazlin joinn band GIM...after that,she jadi stewardess,8 tahun mereka terpisah..the bertemu balik and menjalin cinta balik,then kahwin dpt sorang baby boy and berpisah again...

      Sebetulnye,kes sebenar mula2 shazlin bwk kes cerai nie di mahkamah kerana mendakwa bahawa Radhi telah menceraikannya.Dia melafazkan cerai tehadap shazlin,semasa mereka bertengkar,Shazlin kata Radhi tak berubah sikap (tabiat buruk) beliau sejak bujang,sedangkan dia telah berjanji akan berubah lepas kahwin,dah byk kali diberi radhi peluang tapi masih x berubah jugak..Radhi pula ckp,shazlin xmau pindah keluar dari rumah kedua org tuanya.kononnya shazlin nak berada di Zon selamat.Normal bagi seorang wanita ingin hidup normal,mempunyai suami yg boleh menjadi ketua dan dihormati..betul tak?kalau suami sudah tidak lagi dihormati,isteri akan sentiasa rasa nak bercerai...percayalah ckp gua..so paham2 la..

      then zaman skrg memang byk sgt2 kes lelaki lafaz cerai then after that tak mengaku...dah beberapa kali kes artis jadi mcm nie,bukan artis je,org biasa pun byk..dan ini pasti mendatangkan marah kepada isteri..mentang2 talak ditangan lelaki,dah talak after that tak mengaku,nak pujuk2 pula...tak hangin ker?tambah pulak sang suami telah kehilangan rasa hormat isteri...sure la susah nak pujuk balik...

      Kes shazlin curang pulak,ini kita x tahu kebenarannye...ye lah kalau suami dah tak nak sgt2 ceraikan (padahal sbnarnye dah cerai cume tanak ngaku pulak)mgkin isteri tue sengaja nak menaikkan api marah si suami..so buat cerita la...but now nie dia tak ngaku dia ada affair dgn lelaki lain..kita takda bukti so memang x boleh la mengiyakan perkara itu....
      Even dlm islam pun kata selagi tiada 4 saksi lelaki melihat terang2 penzinaan itu,tak boleh dijatuhkan hukum hudud.dan tak boleh pula nak menyebarkan fitnah,kerana fitnah tue amat buruk akibatnye.

      Sensasi sedih melihat Radhi semakin kurus,tak ceria lagi dan hidup murung selepas kehilangan isteri tersayang..Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..so Radhi be strong and percayalah pada jodoh...kerana jodoh itu ketentuan tuhan














      Vokalis utama Kumpulan Old Automatic Garbage (OAG) Mohd Radhi Razali, 31, dan isteri, Shazlin Sharif, 30, kelihatan sugul ketika ditemui wartawan Bernama di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pantai di sini ketika melawat anak lelaki mereka, Muhd Rifdhi Muslim yang berusia tiga setengah yang terjatuh dalam kolam renang rumah mentuanya di Petaling Jaya semalam. Muhd Rifdhi dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang sedalam 1.5 meter itu ketika cuba mengambil alat permainannya, sebuah bot plastik, dari kolam itu

      PERGINYA YASMIN a.k.a Zulkiflee ahmad…

      Saya tidak berani menulis mengenai kematian Yasmin, bimbang apa yang ada di kepala saya sejak beberapa tahun lalu terluah.
      Selepas membaca apa yang ditulis oleh Nobisha dalam postingnya semalam (Isnin, 27 July, 2009 bertajuk “Marina, Yasmin & Zulkifli”, saya turut insaf bahawa yang mati biarkan dia bersama Tuhannya.
      Melalui blognya Nobisha berkata: “Saya tidak pernah bertemu Allahyarham Yasmin Ahmad.
      Saya juga tidak mengenali Datin Paduka Marina Mahathir secara peribadi. Bagaimanapun, saya boleh memahami mengapakah Marina begitu marah apabila akhbar Kosmo! “mendedahkan” Yasmin sebenarnya Zulkifli. Sementara saya juga tidak setuju dengan perbuatan akhbar Kosmo!, alasan saya dan Marina berbeza.


      Usah salah faham. Saya tidak berniat mempertahankan yang salah. Bagaimanapun, oleh kerana Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia, maka biarlah urusan seterusnya antara beliau dan Allah s.w.t. Tentunya banyak perkara yang kita tidak ketahui tentang Yasmin sebagai seorang individu, maka biarlah kita berprasangka baik dan memohon keampunan baginya.”
      Saya seperti juga Nobisha tidak mengenali Allahyarham Yasmin Ahmad secara peribadi.
      Namun saya sedikit mengenali beliau melalui filem-filemnya. Perkenalan awal saya dengan Yasmin ialah melalui Bintang RTM 1975, apabila beliau adalah pesertanya.
      Kemudian melalui albumnya Zulkiflee terbitan Warnada melalui lagi Tunggulah (lagu copyright dan senikatanya oleh Dinosman). Saya masih menyimpan album itu hingga kini.
      Penerbit album ini ialah Daos dan muzik oleh Ooi Eow Jin.
      Yang sahaja tahu beliau menukar jantina tetapi saya tidak tahu dia berkahwin.
      Yang bermain di kepala saya kini ialah kematiannya sebagai wanita atau lelaki?
      Yang bermain di kepala saya sebelum ini ialah apakah masyarakat kita kini, termasuk ulama dan orang beragama ‘menerima Yasmin seadanya’ walaupun banyak perkara boleh diperkatakan dalam konteks Islam mengenai dirinya.


      Bagi saya, menerima seadanya diri seseorang – sama ada dia pemimpin, artis, pelukis, ahli politik – dan sebagainya ada merbahayanya. Kenapa?
      1. Apabila menerima yang ‘salah’ mengenai diri seseorang, jika dia Islam bermakna Islam ‘membenarkan’ diri seseorang itu berada dalam keadaan sedemikian dan masyarakat harus menerimanya;
      2. Apabila menerima seseorang pemimpin yang ‘salah’ atau ‘salah laku’ bermakna Islam ‘membenarkan atau tidak kisah’ mengenai perkara itu dan imej Islam juga akan turut digambarkan seperti watak orang berkenaan;
      3. Apakah wajar Ulama dan tokoh agama kita berdiam diri hanya kerana seseorang itu pemimpin, artis dan apa juga gelarannya kerana orang itu popular dan jika membuka mulut bimbang akan jadi kontroversi. Untuk siapa mereka ini berkhidmat atau ‘menyandarkan dirinya’? Kepada wang ringgit atau agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini?
      4. Apabila anak muda, belia atau juga masyarakat menerima ‘orang seperti ini’ dan dijadikan Ikon, kenapa ulama dan tokoh agama menyalahkan anak-anak muda dan yang muda meletakkan orang seperti ini dikedudukan tinggi, sedangkan mereka tahu ‘kedudukan sebenar’ orang ini. Siapa mahu disalahkan?
      Saya kesal dengan kecaman keras Datuk Marina Mahathir terhadap akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.


      Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.
      Mungkin saya juga akan digelar ‘makhluk yang hina’. Tidak mengapalah – yang saya tertanya-tanya ialah berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri dengan kes-kes tukar jantina dan kemudian berkahwin.
      Malah jelas isu-isu seperti pondan, gay, kelab gay dan sebagainya yang bagi saya sebagai seorang Islam yang jahil menuntut agar diberikan sedikit ‘cahaya penyelesaian’ bukan membiarkan gejala ini berterusan

      Monday, July 27, 2009

      Azza Elite dan Boyfriend barunya Firhan Yusuf




      Aik mcm tak semenggah je rambutnye tue..huhuhu

      Drama Radhi-Shazlin di luar mahkamah










      KEDUA-DUANYA menunjukkan ego masing-masing bilamana Radhi OAG enggan menceraikan isterinya, Shazlin Shariff tetapi dalam masa yang sama si isteri sanggup ‘bersumpah’ membuat hubungan dengan lelaki lain semata-mata ingin diceraikan.

      Ego dan kemarahan yang meluap-luap dalam diri mereka itu akhirnya mencetuskan satu perbalahan kecil yang berlangsung kira-kira 30 minit di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

      Ketika Shazlin sedang ditemubual oleh pihak media, Radhi tiba-tiba menyerang isterinya itu ekoran menafikan dia tidur dengan lelaki yang dikenali sebagai Izat itu.



      “Dia (Izat) kawan saya tapi tak pernah tidur dengan dia. Saya memang pergi rumah dia tapi beramai-ramai. Saya cakap macam tu sebab nak awak lepaskan saya.

      “Saya memang tipu dan nak awak lepaskan saya,” kata Shazlin dengan nada tinggi kepada Radhi.

      Radhi pula menempelak, “Tetapi kenapa saya nak berjumpa dengannya tetapi dia tak nak? Dia takut la tu..”

      Shazlin membalas mempertahankan Izat yang diakui sebagai kawannya itu, “Dia tak buat salah dan tak takut.”



      Shazlin cuba untuk meleraikan pergaduhan itu dengan memberitahu dia mahu beredar kerana mempunyai kerja lain.

      Namun, Radhi masih belum berpuas hati dengan tindakan Shazlin sehingga meminta wanita itu menghubungi Izat untuk bersemuka dengannya.

      Shazlin yang cuba menghubungi lelaki itu bagaimanapun gagal mendapatkan Izat dengan berkata ‘Ijat (Izat) tak angkat telefon’.

      Perbalahan itu berlarutan sehingga Shazlin dan Radhi mengeluarkan perkataan kasar dan biadap.

      Selepas itu, sesi ‘perbahasan’ bertukar dari luar mahkamah hingga ke tempat meletak kereta.

      Shazlin yang membuka pintu kereta Waja yang dinaikinya itu dihalang oleh Radhi.



      Enggan mencampuri urusan mereka berdua, perbalahan itu berterusan sehingga akhirnya Shazlin mengalirkan air mata.

      Namun, air mata yang menitis itu tidak menghalang Shazlin dari bertekak dengan Radhi.



      Akhirnya, Shazlin beredar dari perkarangan mahkamah meninggalkan Radhi ‘terkulat-kulat’ di situ.

      Radhi seronok bergaduh dengan Shazlin?

      Selepas 10 bulan tidak bersemuka dengan Shazlin, Radhi berkata dia seronok dapat ‘bercakap’ dengan isterinya itu semalam.



      “Saya seronok bergaduh..menurutnya (Shazlin), dia tipu pasal ada hubungan tu. Perkara tu (hubungan) membuatkan saya rasa tidak pasti.

      “Dia kata memang kenal lelaki tu (Izat) tapi tak pernah tidur (buat hubungan sulit)..dia kenal sahaja..lepas tu dia marah sebab saya kecoh dengan media,” beritahu Radhi menjelaskan tentang apa yang ditengkarkan dengan Shazlin sebelum itu.

      Jelas Radhi, dia hanya mahu Shazlin bersikap jujur dengannya demi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya itu.

      “Saya nak dia (Shazlin) terus-terang sahaja dan tak mahu melatah..perkara dah lepas dan tiada apa yang sahih pasal apa yang berlaku (pergaduhan) tadi.



      “Dia tak patut memainkan nama ‘Allah’..sekiranya dia jujur, saya tak musykil dan ragu-ragu dengannya,” luah Radhi dalam nada kesal.

      Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Slumber’ dan ‘Generasiku’ itu turut meminta isterinya membalas setiap Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab panggilannya.

      “Saya cakap padanya lepas ni tolong balas SMS dan jawab call (telefon) kalau saya nak jumpa.

      “Mungkin dia dah biasa dengan stail hidup yang macam ni..dengan drama dan filem kerana rumah mertua saya selalu dijadikan studio (tempat) untuk orang berlakon,” kata Radhi.

      Dia turut memaklumkan yang bapa Shazlin merupakan seorang produser filem dan memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Take One Production.

      Mahu Shazlin jadi kawan

      Selepas berbincang dalam suasana yang tegang, Radhi akhirnya berserah dengan apa yang berlaku antaranya dengan Shazlin.

      Ditanya adakah dia akan ‘melepaskan’ Shazlin selepas ini memandangkan isterinya itu akan memfailkan kes lafaz cerai kedua dan permohonan cerai pada minggu hadapan.

      “Insya-Allah...cuma dia (Shazlin) kena jujur dengan saya dan dirinya kerana ia akan memberi kesan kepada anak kami,” ujar bapa kepada Mohd Rifdhi Muslim, 4, ini dalam nada yang lemah.


      Shazlin berbincang sesuatu dengan peguamnya.

      Tambahnya, “Saya mohon kami menjadi kawan sahaja sebelum dan selepas (bercerai) tetapi dia kata nak berkawan lepas cerai..saya rasa masa itu (berkawan) saya boleh bercakap dengan dia.

      “Saya bersedia tetapi saya nak sahkan dengan Izat terlebih dahulu tentang hal ini.

      “Kalau dia berterus-terang mungkin hal ini tak jadi musykil dan jadi macam ni sebab dia menafikan tetapi akhirnya saya dapat tahu sendiri.”

      Radhi juga meluahkan yang dia langsung tidak berniat untuk memalukan Shazlin dan berkali-kali bertegas berterus-terang adalah jalan terbaik.


      Radhi kesal kerana tertipu dengan isterinya.

      “Apa yang berlaku hari ini hanya salah faham dan tiada yang sahih...,” kata Radhi sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

      Menyentuh tentang kariernya, Radhi berkata kini dia lebih selesa bergerak solo kerana sekurang-kurangnya dia berjaya mengatasi masalah disiplin yang dihadapinya sebelum ini.

      “Saya akui sejak ‘ribut dan taufan’ berlaku dalam rumah tangga saya, karier saya agak perlahan dan ‘tergelincir’.

      “Saya memilih untuk bergerak solo kerana dalam band banyak tanggungjawab yang saya perlu lakukan tetapi apabila solo, saya dapat ‘tackle’ masalah disiplin,” akhirinya yang telah muncul dengan single ‘Infiniti’ melalui projek solonya itu.

      Menurut Radhi, projek ini dibantu oleh pengarah muzik Edrie Hashim dari Neo Gendang Record.


      P/S: Mcm kesian je tgk Radhi kan..tetapi,mengikut kata shazlin dia sudah tak tahan lagi dgn sikap Radhi yg x berubah sebelum kahwin dan selepas kahwin...hmm,sensasi pernah mengenali kwn radhi dan tahu sedikit la info pasal masalah Radhi...emmm,klue nye ada kaitan dgn terbang "tinggi" dlm bahasa inggeris?boleh teka ker?hmmm..entahla,susah nak ckp la siapa yg bersalah..ini la jadinya kalau anda mudah sgt hanyut dengan kehidupan

      ads