Friday, March 27, 2009

Sensasi Readers-Announcement here!



Hi readers,




This week sensasi sgt2 bangat busy sampai tak sempat nak update...


but sensasi de byk bahan nak upload..will upload it in weekend which is tomorrow and day after..




antara bahan2 terbaru : gambar2 panas artis,gossip artis,cerita hangat sensasi,jokes,video dan macam-macam..




so stay tune...thanks to all yg sudi menjadi pembaca my-sensasi..i love you all la...


you all rowkss...







Tuesday, March 17, 2009

Bell Rujuk dengan isteri semula..


Rakan SS berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar.

SS rasa ramai yang tahu kes perceraian mereka yang dilafazkan Bell menerusi SMS dan mahkamah memutuskan jatuh talak.

Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, rakan SS hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang.

Tapi memikirkan hal positif kata rakan SS, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi.

Kelmarin lain pula ceritanya apabila rakan setugas menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Rakan SS apa lagi, tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha.

Kata rakan SS, Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya.

Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.

SS difahamkan, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan SS puji tindakan diambil pasangan ini. SS harap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari


P/S: aku rasa dia pegi balik kat wife dia sebab gelfren dia (org ketiga yg menyebabkan dia bercerai) dah dump dia after dpt tahu yg bell belum bercerai masa tue..dlm melodi aku ingat lagi satu statement yg kata that girl dah dump him...tuela miang sgt sapa suruh..duh~

Rihanna malu nak keluar dengan Chris Brown


LOS ANGELES - Selebriti remaja, Rihanna terlalu malu untuk tampil di kawasan awam bersama kekasihnya, Chris Brown, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella itu masih belum bersedia menerima reaksi para peminatnya sekiranya dia secara rasmi mengesahkan mereka sudah kembali berbaik-baik.

"Dia malu jika dilihat berpimpin tangan dengan Brown," kata satu sumber.

Brown dihadapkan ke sebuah mahkamah pada 2 Mac lalu kerana dituduh membelasah Rihanna sehingga cedera teruk setelah mereka bergaduh bulan lalu.

"Rihanna masih mencintai Brown dan dia secara peribadi sudah memaafkan kekasihnya. Bagaimanapun dia masih belum bersedia untuk menerima tentangan daripada peminatnya," kata sumber.

Tambahnya, artis itu memahami kebimbangan semua peminatnya serta menghargai semua sokongan mereka tetapi dia mahu melupakan detik hitam tersebut.

"Dia tidak menyembunyikan diri tetapi Rihanna cuba mendapatkan kehidupannya semula... itu tugas sukar," kata sumber.

Rihanna turut dirakam keluar makan malam di restoran Da Silvano di New York pada Sabtu lalu manakala pada Jumaat dia dirakam keluar berparti bersama Beyonce dan Jay-Z.

Monday, March 16, 2009

Adv: Shila Bersama Clean & Clear

Siapa yang tidak kenal dengan Shila OIAM (One in a Million),jikalau dulu sebut saja nama Nur Shahila Amir Amzah sebelum ini,orang tak berapa mengenalinya,namun setelah menjadi Finalis dan Naib juara “One in a Million”,Shila semakin dikenali…Orangnya comel,remaja yang lincah,serta berpewatakan ceria…Beliau juga merupakan anak kepada penyanyi veteran ND Lala..Shila kini popular dengan lagu yang bertajuk “Memori Tercipta” dan single terbaru Shila “Tunjukkan Cintamu”.



Setelah menyertai OIAM,shila semakin mendapat perhatian media dan pengiklanan.
Terbaru Shila Menjadi Duta Clean and Clear yang telah mengadakan Rancangan Realiti untuk mencari Rakan Baik paling berbakat di Malaysia,untuk bergandingan dengan Shila dalam Musik Video “Hanya Kita”.Pertandingan ini amat menarik kerana mencari gandingan rakan baik untuk bersama-sama merasai keseronokan dan juga menunjukkan bakat mereka adalah pengalaman yang luar biasa bagi remaja.

Anjuran Clean & Clear Fairness, mencari bakat “Masa untuk Menyinar” telah diadakan pada 20 Oktober 2008. Setelah 3 minggu pencarian pasangan rakan terbaik,10 pasangan telah disenarai pendek untuk menjalani sesi ujibakat yang telah diadakan di Media Prima pada 23 November 2008. Semua peserta bersungguh-sungguh menonjolkan bakat terpendam masing-masing… Semuanya memberikan saingan sengit.

Namun hanya satu sahaja pasangan bertuah yang layak dipilih..Pasangan rakan baik Fasha dan Farisa Telah terpilih kerana memilik personality yang menarik,Berbakat dan kedua duanya memiliki kulit remaja yang sihat.


Farisa bersama Fasha merupakan pasangan rakan baik yang terpilih



Terpilih menjadi pasangan yang bakal bergandingan dengan Shila,gadis lincah berbakat,tentulah seperti impian menjadi nyata buat kedua-dua rakan baik ini.

Mereka telah menjalani sesi “Training” untuk rentak tarian sebelum menjalani sesi penggambaran sebenar Klip Video Muzik “Hanya Kita”.Penggambaran Berjalan dengan lancar.Klip Video Muzik tersebut kini telah keudara…
Nak tau best atau tak.tengok la sendiri!!



Nak tengok lagi gambar –gambar Fasya dan Farisa ..
Jom Click Sini

Fasya’s Blog: http://crossourheartss.blogspot.com/search?updated-max=2008-12-30T13%3A33%3A00%2B08%3A00&max-results=7

Farisa’s Blog: http://farisanadjeehah.blogspot.com/search?updated-max=2009-01-05T17%3A01%3A00%2B08%3A00&max-results=7




Clean & Clear bukan sahaja menjadi rakan baik remaja yang memahami keperluan kulit remaja,malah Clean and Clear telah membuka peluang bagi para remaja untuk menonjolkan bakat mereka dengan mengadakan program sebegini.

Terima Kasih Clean & Clear…

Thursday, March 12, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Bloggerina Talking!! nuffnang

Hi All,
Actually there are many tips and trick and widget we can share in here...
I will try my best to simplify the method...
Untuk anda yang tak fasih berbahasa Inggeris...Dont worry,setiap post i akan buat translation bahasa melayu...
But for time being,i'm very busy..So stay tune for more tips,trick,monetizing your blog (buat duit),and many more...
Not only that,i will reveal tips for nuffnang to get more income and advertorial...
And also will reveal my journey so far as a blogger until i earn 4 digit income every single month..


Click Here to read this post

Sunday, March 8, 2009

nak tonton Channel RTM kene beli dekoder RM300..huhu

KEPONG: Orang ramai perlu memasang dekoder dengan anggaran harga RM300 apabila sistem penyiaran digital menggantikan analog diguna pakai sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, ia mungkin mahal pada peringkat permulaan kerana orang ramai perlu membeli dekoder bagi menonton televisyen tidak berbayar RTM dan tentunya membebankan golongan kurang berkemampuan.

“Namun peralihan kepada sistem digital adalah perlu, selaras dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia masa kini,” katanya.

Beliau berkata, proses pendigitalan penyiaran televisyen perlu dimulakan sekarang kerana jika tidak, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara lain, apatah lagi negara Asean akan menghentikan siaran analog pada 2015.






“Perubahan teknologi yang berlaku sekarang sama seperti satu masa dulu, harga televisyen hitam putih mencecah RM2,000 ketika baru diperkenalkan dan mereka yang ingin membeli terpaksa membayarnya secara ansuran.


“Begitu juga apabila TV berwarna diperkenalkan, harganya mahal dan dibeli secara ansuran. Apapun, TV berwarna kini semakin murah dan boleh dibeli dengan harga sekitar RM300 hingga RM400.

“Zaman memancarkan siaran televisyen menggunakan sistem analog akan berakhir. RTM kini dalam proses berperingkat menuju ke arah pendigitalan dan pembinaan penstrukturannya dijangka disiapkan menjelang 2012,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, apabila RTM mempunyai kemudahan penyiaran digital menerusi penggunaan satelit, lebih banyak saluran dapat ditambah dan rakyat mendapat lebih banyak bahan dan maklumat.

“Amerika Syarikat menghentikan sistem analog bulan lalu, Eropah menjelang 2012 manakala negara Asean seperti Thailand, Singapura dan Vietnam sudah melaksanakan sistem itu. Malah, Myanmar yang dianggap negara miskin sudah melangkah ke arah pendigitalan.

“Jika kita tidak bersiap sedia menuju ke arah itu, nanti kita ketinggalan, ibarat orang sudah menggunakan televisyen warna tetapi kita masih tengok TV hitam putih. Jika peralatan (analog) kita rosak, di mana kita hendak dapatkan alat ganti sebab semua negara di dunia menggunakan teknologi baru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Kementerian Penerangan di Institut Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini, semalam. Kira-kira 2,000 kakitangan jabatan itu menghadiri program berkenaan.

Menurutnya, sistem analog yang menggunakan gelombang radio akan dimanfaatkan untuk sistem keselamatan seperti polis dan bomba.

“Kepantasan teknologi perlu serentak dengan pemahaman orang ramai. Jangan lihat daripada segi alatnya saja, misalnya TV plasma, tetapi perkara yang penting ialah mutu kandungannya.

“Ada negara tertentu, misalnya Korea, menggunakan TV untuk ‘home shopping’ iaitu penduduknya melihat katalog di hadapan TV dan ia menjana pendapatan sehingga AS$4 bilion setahun,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, sebagai percubaan, pada 2006 pihaknya memberi sebanyak 1,000 dekoder kepada penduduk di Lembah Klang bagi membolehkan mereka menonton saluran Muzik Aktif yang diperkenalkan RTM.

Saluran yang menyiarkan pelbagai program berkonsep muzik yang bersiaran 24 jam itu kini dapat ditonton menerusi Astro di saluran 180 mulai 12 Mac ini.

Polis cabul mangsa samun dan rakam aksi ghairah

AMPANG: Keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Itulah perumpamaan tepat buat seorang wanita yang menjadi mangsa samun apabila dicabul pula seorang anggota polis ketika mengharapkan bantuan lelaki terbabit, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi 1 Mac lalu, mangsa pada mulanya meminta bantuan selepas dia disamun di kawasan ibu kota sebelum dihampiri seorang lelaki yang menaiki kereta bersama teman wanitanya.

Lelaki terbabit kemudian memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dan meminta mangsa mengikutnya untuk membuat laporan kejadian samun itu.

Mangsa yang menyangkakan lelaki bersama teman wanitanya itu berniat ikhlas membantu menerima pelawaan mereka dan menaiki kereta berkenaan sebelum dia dibawa ke satu lokasi berbukit di Ampang.






Menurut sumber, ketika tiba di kawasan berbukit itu, mangsa diraba seluruh badan oleh lelaki terbabit manakala teman wanitanya mengambil gambar aksi ghairah berkenaan menggunakan telefon bimbit.


“Wanita itu yang mengharapkan bantuan daripada pasangan berkenaan untuk menyelamatkannya selepas menjadi mangsa samun akhirnya terperangkap dengan tipu helah mereka.

“Dia kemudian ditinggalkan pasangan berkenaan di kawasan Ampang sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu dua hari kemudian,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an seorang anak anggota polis sempat mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan dinaiki pasangan terbabit.

“Susulan laporan itu, polis menahan lelaki terbabit yang juga anggota polis bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, dua suspek terbabit masing-masing berusia 40 dan 30-an itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian berasingan, perubahan sikap seorang pelajar tingkatan empat yang dilihat ibunya dalam keadaan murung membongkar rahsia yang dipendamnya selama ini apabila dia mendakwa menjadi mangsa rogol enam pelajar lain di sekolahnya.

Menurut Abd Jalil, ibu pelajar berusia 16 tahun itu yang mengesyaki perubahan sikap anaknya meminta pelajar terbabit menceritakan masalah dihadapinya.

“Pengakuan remaja itu ternyata mengejutkan ibunya apabila dia mendakwa menjadi habuan seks kepada enam lagi pelajar di sekolahnya Januari lalu.

“Ibu remaja itu membawa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Abd Jalil berkata, polis menahan enam pelajar lelaki berusia antara 15 dan 17 tahun bagi membantu siasatan.

Shiloh jolie-pitt yang lembut dan pendiam


DI sebalik pengawal keselamatan dan di belakang tembok Chateau Mirawal di Selatan Perancis, Shiloh Jolie-Pitt hidup bahagia walaupun kadang kala bercelaru bersama-sama ibu bapanya, selebriti ternama, Angelina Jolie dan Brad Pitt serta lima adik beradiknya yang lain.

Pada masa sama, kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan itu tidak terasa janggal dengan kehidupan keluarganya yang sering berpindah-randah.


Dia dilahirkan pada Mei 2006 di Namibia, Afrika dan menjelajah dunia sebelum keluarganya akhirnya mengambil keputusan menetap di Perancis, tempat adik kembarnya, Knox dan Vivienne dilahirkan.

Shiloh yang pendiam, lembut dan mudah bergaul menghabiskan masa sehariannya bermain dengan abangnya, Maddox, tujuh, Pax, empat dan Zahara, tiga. Dia juga begitu menyayangi kedua-dua adik kembarnya.

Shiloh, yang kadang kala dipanggil Tweety oleh keluarganya, bagaimanapun amat rapat dengan Zahara yang suka memerintah.

“Dia hanya menuruti kata-kata kakaknya,” kata sumber yang rapat dengan keluarga itu.

Shiloh juga berdepan dengan kenakalan Maddox dan Pax.

“Kedua-dua abangnya memang kasar. Zahara akan melawan mereka. Tetapi Shiloh pelembut. Maddox dan Pax tidak bermaksud untuk membuli adik mereka tetapi suka bergurau tanpa memikirkan keselamatan Shiloh. Mereka akan mengangkat dan memusingkan kanak-kanak itu. Tindakan itu kadang-kadang menyebabkan Shiloh jatuh. Tak hairanlah ada kesan calar pada tubuhnya.

“Seringkali Angie dan Pitt terpaksa berkata: ‘Hentikan. Letak adik kamu,’” kata sumber itu.

Dengan kelahiran Vivienne dan Know, Shiloh bukan tidak lagi menjadi ‘anak manja ’ di rumahnya. Tetapi dia tidak kisah.

“Buat masa ini, perhatian lebih tertumpu kepada pasangan kembar itu. Apa yang perlu dilakukan oleh Shiloh untuk mendapatkan perhatian Pitt ialah dengan hanya mengangkat tangannya. Itu caranya dia berkata ‘dukung saya.’ Dia begitu menyayangi bapanya.”

Tetapi dia juga menyayangi ibunya, Angelina , khususnya ketika mereka menghabiskan masa bersendirian bersama setiap hari, kata sumber yang rapat dengan keluarga itu.

Apabila tiba masa untuk memberi anaknya makan, Angelina, 33, akan menuruti sahaja kehendak mereka — lebih-lebih lagi Shiloh.

“Angie membenarkan sahaja anaknya memilih semua makanan yang diproses. Shiloh begitu meminati roti Perancis disapu dengan cokelat dan amat benci lobak. Dia tidak akan memakannya walaupun dipaksa.”

Seperti kanak-kanak lain, Shiloh sukakan anak patung dan sebagai persediaan menyambut kelahiran Knox dan Viv, Angie dan Pitt menghadiahkannya dua anak patung kembar.

Tidak hairanlah Shiloh kelihatan menganggap kedua-dua adiknya itu dua lagi anak patung untuk koleksinya.

“Dia begitu berhati-hati melayani mereka dan berbual dengan kedua-dua adiknya itu seperti yang dilakukan kanak-kanak kecil yang lain. Dia tidak sedar Knox dan Viv akan membesar!”

Apabila tiba masa untuk tidur, biasanya jam 8 setiap malam, Shiloh akan menyimpan anak patungnya dan tidur bersama patung arnab khas.

“Dia mencungkil sebelah mata arnab itu,” kata sumber berkenaan.

Dan sebelah pagi, kanak-kanak itu suka bermain di luar rumah, menghabiskan kebanyakan masanya berlari.

“Di Perancis, keluarganya mempunyai padang yang luas dan tasik. Dia sering berkaki ayam untuk memetik bunga. Dia seperti anak hippi.”

Di dalam rumah, Shiloh menghabiskan masa menonton rancangan kegemarannya — Dona the Explorer dan Meerkat Manor.

“Dia juga belajar seni, ballet dan berenang. Dia bebas melakukan apa sahaja yang diingininya. Pitt dan Angie menggalakkannya supaya tidak takut tetapi pada masa sama berbudi bahasa. Dan setiap kali menangis, Pitt dan Angie sudah tahu cara memujuknya. Mereka akan bercakap dengannya secara lembut sehingga dia mendengar dan berhenti menangis.”

P/S:Angelina jolie dpt lg twin ...they all(anak kandung jolie + pitt = byk muka braddpit dan mulut angelina jolie..hehhe

Suri Cruise Dilayan Bagaikan Puteri


SURI Cruise begitu tenang ketika dilihat bermain di Augustus Saint Gaudens di Manhattan, baru-baru ini.

Dengan berselipar emas dan berbaju berjenama yang sopan, kanak-kanak itu yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga bulan depan, cuba bermain buai dan bergayut dengan diawasi rapat oleh ibu bapanya, pelakon terkenal, Katie Holmes dan Tom Cruise.


“Mereka sering menghabiskan masa bersama,” kata pengasuh kanak-kanak itu.

Hampir ke mana sahaja dia pergi, Suri, tidak akan berjauhan dengan selimut dan botol susunya.

Pernah satu ketika dia menangis sepuas-puas hatinya apabila Katie cuba mengambil selimutnya. Tangisannya itu memaksa Katie menyerahkan semula selimut itu.

Surie kelihatan seperti memperoleh apa sahaja yang dimahukannya. Dan ada sumber berkata, dia amat suka mendesak!

Baik di rumah besar ibu bapanya di Beverly Hills, atau ketika menjelajah dunia bersama-sama, Suri dibesarkan menurut peraturan ketat kepercayaan Katie dan Cruise — Sainstologi dan perkataan ‘tidak’ tidak pernah digunakan.

“Dia dianggap keajaiban pada mata Katie dan Cruise. Cruise berpendapat anaknya lebih ke depan berbanding kanak-kanak lain, ” kata satu sumber.

Mungkin — tetapi tidak apabila ia berkait dengan botol susu.

Pada usia hampir tiga tahun, dia masih belum dapat diceraikan dengan air barli yang disyorkan ajaran Saintologi.

Sumber berkata, Suri diberi kebebasan sepenuhnya dan dia begitu tidak sabar. Dia akan membaling apa sahaja jika ada yang tidak kena dengan kehendaknya.

Cruise, 47 dan Katie, 30, sentiasa melayani anak mereka seperti remaja.

“Cruise enggan bercakap dengan Suri seperti seorang dewasa bercakap dengan anak kecil. Suri juga digalak kreatif dan meluahkan perasaannya mengikut kemahuannya. Dia tidak pernah didisiplinkan. Kerana itu, apabila dia menconteng tembok, ibubapanya akan memujinya dan berkata ia cantik,” kata sumber berkenaan.

Kanak-kanak itu mempunyai segala bentuk kebebasan di kediaman besar ibu bapanya. Dia makan mengguna pinggan emas dan tidur di atas katil mahal. Waktu tidurnya juga tidak ditetapkan. Cruise dan Katie membiarkan anak mereka memilih waktu tidurnya sendiri.”

Anak manja itu juga mempunyai almari penuh dengan pakaian berjenama termasuk Dior, Burberry dan BCBG Max Azria sementara kasutnya keluaran Christian Loubotin.

“Katie berbangga dengan kegilaannya terhadap fesyen dan dia mahukan Suri menjadi kanak-kanak berpakaian terbaik di dunia. Katie dan Cruise akan bertanya kanak-kanak itu apa yang mahu dipakainya atau pengasuhnya akan berdiri di sebelah almari hingga Suri memilih pakaian yang hendak dipakainya,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, Katie berkata, anaknya mempunyai deria fesyen yang hebat.

Kemewahan yang dicurahkan kepada Suri dapat dilihat sepanjang keluarga itu menetap di New York baru-baru ini.

“Ketika di taman permainan sekalipun, kanak-kanak itu berpakaian amat mahal.”

Thursday, March 5, 2009

Anak Dara dirogol utk dptkan Nombor

TEMERLOH: Akibat terlalu kemaruk berjudi nombor ekor, sepasang suami isteri dari Kerdau, dekat sini, tergamak memenuhi tuntutan seorang bomoh temberang supaya menyerahkan anak saudara perempuan mereka untuk disetubuhi.

Permintaan bomoh itu sebagai syarat utama mendapatkan nombor ramalan yang dikatakan memenangi hadiah pertama.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam sekitar November lalu itu, mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan bersekolah dipelawa menemankan ibu saudara dan suaminya untuk menemui bomoh terbabit di Kerdau.

Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang perkara buruk terus mengikut mereka.






Bagaimanapun, detik hitam gadis itu bermula apabila bomoh berusia 55 tahun itu terpikat dengan kecantikan mangsa sebelum membuat tuntutan pelik itu kepada pasangan tahi judi berkenaan.


Bomoh berhati iblis itu tanpa segan silu meminta pasangan terbabit menyerahkan anak saudara mereka sebagai pengeras jika mahu mendapatkan nombor ekor istimewa yang didakwa memenangi hadiah pertama.

Mulanya, pasangan terbabit enggan memenuhi permintaan bomoh itu, namun selepas dipujuk bomoh terbabit yang berjanji memberikan nombor istimewa itu, akhirnya mereka akur.

Mangsa yang tidak mengetahui perbuatan jijik ibu saudara dan suami dibawa ke sebuah rumah kosong tidak jauh dari kediaman bomoh terbabit sebelum dirogol dalam acara korban tubuh kononnya untuk mendapatkan nombor ekor.

Kejadian itu dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa kerana mangsa bimbang mendapat malu.

Peristiwa itu turut menyebabkan mangsa berubah sikap hingga menimbulkan kehairanan ahli keluarganya

78,000 peminjam PTPTN blacklist ke luar negara - Semak status anda sini..

KUALA LUMPUR - Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendedahkan hampir 78,000 peminjamnya dilarang keluar negara bukan berniat untuk menakut-nakutkan peminjam.

Sebaliknya, Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd Ghani berkata, ia lebih kepada niat menyedarkan mereka supaya menunaikan tanggungjawab membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing yang kini tertunggak sebanyak RM1 bilion.

Menurutnya, PTPTN mempunyai rasional terhadap sekatan keluar negara kepada golongan ingkar itu.

"Bila orang keluar negara biasanya ada dua sebab iaitu pertama atas urusan kerja dan mereka ini pula penjawat yang sudah lama bekerja atau senior.

"Kedua, keluar negara untuk bercuti. Jadi kesimpulannya, kedua-dua kumpulan ini ada wang dan tidak ada sebab mereka sukar membayar balik pinjaman,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Imigresen baru-baru ini mengenai 300,000 rakyat negara ini dilarang keluar negara termasuk peminjam PTPTN.

Kata Yunos, jika ada peminjam menghadapi masalah membayar pinjaman disebabkan berada dalam garis kemiskinan yang serius, pihaknya sedia membantu mereka.

Ketika ditanya kriteria utama yang boleh menyebabkan seseorang peminjam disenaraihitamkan untuk keluar negara, jelasnya:

"Pertama, mereka langsung tak bayar pinjaman dan kedua pula langsung tidak memberi maklum balas terhadap notis-notis yang kita keluarkan.

Tambah Yunos, PTPTN juga dalam proses mengenal pasti peminjam-peminjam lain yang mungkin akan menerima nasib untuk tidak layak keluar negara.

Untuk itu, katanya, semua peminjam diminta menyemak status masing-masing di laman web PTPTN atau Imigresen.


Semak status Anda -Peminjam PTPTN

Wednesday, March 4, 2009

Waheeda mengaku suka Akhil..tapi?


PETALING JAYA: “Saya suka bersamanya (Ustaz Akhil Hayy), namun kami tidak bercinta,” kata penyanyi, Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 30, sambil menitis air mata ketika mengulas hubungannya dengan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy.

Dia bagaimanapun mengaku sedih apabila mengenangkan gosip yang terpaksa dilaluinya sekian lama.

“Macam-macam orang bercakap buruk mengenai saya...saya perampas suami orang, asyik bertukar-tukar lelaki lagi. Saya sudah banyak simpan rahsia orang. Begitu juga dengan kontroversi yang melanda saya dengan Akhil.

“Jangan sampai saya hilang sabar dan buka semua cerita hingga perlu mengaibkan orang. Selama ini cukup perit saya menanggung semua ini,” katanya sambil menitis air mata.






Menurut Waheeda, dia sudah banyak berkorban demi orang lain, bukan setakat berkaitan Akhil, tetapi juga pihak yang pernah rapat dengannya sebelum ini.


Dia berkata, jika semangatnya tidak kuat, tidak tahu apa akan terjadi kepadanya.

Waheeda ditemui selepas menghadiri sidang media pelancaran drama bersiri TV9, Nana Tanjung di Sri Pentas, semalam.

Kontroversi membabitkan dua personaliti popular itu bagaikan tiada penghujungnya.

Tidak cukup dengan kisah sudah berkahwin, menonton wayang bersama pada penghujung tahun lalu turut menguatkan keintiman mereka.

Gadis yang popular dengan lagu Wassini itu turut mengaku menanggung derita disebabkan kontroversi itu, apatah lagi ada yang cuba mengaibkannya dengan mendakwa dia sanggup menjadi isteri kedua.

Berkali-kali persoalan diajukan kepada Waheeda mengenai hubungan mesranya bersama Akhil.

Namun, gadis kelahiran Johor Bahru itu tetap memaklumkan mereka langsung tidak mempunyai hubungan istimewa seperti dihebohkan.

“Saya sendiri tidak pasti. Dia (Akhil) memang baik. Keluarga serta rakan saya amat menyenanginya. Walaupun sering dibabitkan dengan kontroversi, hubungan kami tetap baik. Saya sendiri tidak berdepan banyak masalah dengannya. Kami tetap berkawan.

“Saya juga pernah berbual dengan isterinya mengenai perkara itu. Memang kami tidak ada masalah. Saya pernah berkunjung ke rumah mereka pada hari raya. Malah, isterinya cuba menjodohkan saya dengan adik Akhil,” katanya.

Waheeda mengakui tertekan setiap kali mahu menjelaskan hal berkenaan hingga terfikir seperti ada yang mahu dia mengaku mempunyai hubungan istimewa itu.

“Setiap kali diajukan persoalan mengenai hubungan istimewa bersama Akhil, saya pasti akan menjawab tidak. Mungkin juga orang mahu dengar saya cakap ‘ya’ walaupun perkara itu tidak benar.

“Tidak ada perkara yang perlu diselindung lagi. Sekarang pun saya dan Akhil tetap pergi makan dan lepak bersama-sama,” katanya.

Menurut Waheeda, jika ditakdirkan benar-benar berkahwin dengan Akhil, dia tidak akan merahsiakan perkara baik, apatah lagi kepada pihak media.

“Sudah tentu saya tidak akan berahsia andai kata saya ditakdirkan berkahwin dengannya. Keluarga saya juga bukan jenis merahsiakan perkahwinan anak mereka,” katanya.

Micheal Jackson Bakal Mengadakan Konsert Jelajah


LONDON - Raja pop, Michael Jackson akan kembali beraksi di pentas selama dua bulan dengan kontrak bernilai £100 juta (RM522 juta) di Arena 02, lapor sebuah akhbar semalam.

Michael dijadual mengadakan pertunjukan pentas di London pada Jun dan Julai ini.

Tiket acara di dewan yang mempunyai 20,000 tempat duduk itu akan dijual dengan harga serendah £75 (RM393).

Program tersebut merupakan acara pertama Michael sejak dibebaskan daripada tuduhan mendera kanak-kanak pada 2005

Nasib menyebelahi Amir - LNJ gagal ke final Gelanggang Raja Lawak 3


Amir memeluk John anggota kumpulan LNJ

Sepah berjaya ke Final

SANGKAAN ramai bahawa Amir yang akan mengucapkan selamat tinggal meleset apabila kumpulan LNJ yang terpaksa memberi lambaian terakhir dari pentas Gelanggang Raja Lawak musim ketiga, minggu kesembilan, Jumaat lalu.
Barangkali ucapan 'I'm sorry' yang menjadi tagline Amir itu khas ditujukan buat LNJ kerana menjadi galang-ganti kepada dirinya untuk ke final Gelanggang Raja Lawak 3.
Tercicir seminggu sebelum final menjadi detik paling sayu buat LNJ yang dianggotai dua peserta dari Pulau Mutiara, Lan dan John atau nama sebenar mereka Afzan Saffuzn Ahmad, 22, dan Wan Sharizon Rahim, 27.
"Saya sayu nak tinggalkan kawan-kawan dan terkenangkan penyokong yang banyak berhabis untuk kami.
"Sedih tentulah sedih tapi bukan boleh buat apa sebab SMS penonton dah tentukan begini," jelas salah seorang anggota LNJ, Lan yang tidak terkilan meskipun dari segi kemantapan lawak, LNJ lebih berpotensi berbanding Amir yang disifatkan terselamat hanya kerana bernasib baik.
Dibandingkan antara LNJ dan Amir, mereka cuma dibezakan dengan peratus undian yang tidak terlalu ketara, LNJ dengan 21.6 peratus, manakala Amir pula 21.8 peratus. Ini yang melayakkan Amir bersama-sama dengan Jihan yang memperolehi 30.6 peratus dan Sepah yang mengumpul 25.9 peratus untuk ke kemuncak Raja Lawak 3.
"Jangan pandang rendah terhadap Amir kerana dia kadang-kadang ada magis yang boleh buat orang suka," kata John yang menolak kemungkinan bahasa dialek Pulau Pinang menjadi penyebab lawak mereka tidak mendapat sokongan seluruh peminat.
Beritahu John, mereka selesa dengan dialek yang dipertuturkan sejak kecil dan jika mencuba-cuba untuk berlawak tanpa dialek Pulau Pinang, lawak mereka akan serba tidak kena.
"Nanti orang kata kami memerli bahasa pula, baik kami cakap Penang, rasanya semua orang faham," getus Lan pula.
Amir yang tersenarai ke final pula mulanya diselubungi rasa bersalah kerana sepanjang pementasan di Gelanggang Raja Lawak minggu kesembilan, persembahan lawaknya tidak menjadi.
Dikritik juri sebagai statik dan tiada peningkatan dari awal hingga ke penghujung, Amir sebenarnya sedikit terkesan.
"Bila LNJ yang terkeluar, timbul sedikit rasa bersalah tapi ini pilihan penonton. Saya akui persembahan saya tidak menjadi, saya kekok dan tergagap-gagap mungkin kerana terlalu hendak bercakap seperti orang KL. Saya takut kalau saya cakap dialek Kelantan, ramai yang tak akan faham lawak saya," jelas Amir sedar dikecam kerana tersenarai ke final atas rasa simpati penonton.
APAKAH Jihan mampu mencipta sejarah sebagai peserta wanita pertama menjuarai Gelanggang Raja Lawak.
Harapan Amir, peluang beraksi ini tidak akan disia-siakan menjelang pencarian Raja Lawak musim ketiga yang sampai ke garisan penamat malam esok.
Bertempat di Dewan Auditorium MPBJ, Petaling Jaya (MPPJ), tiga finalis yang telah dipilih seratus-peratus oleh juri SMS, Sepah, Jihan dan Amir bakal bertarung sifat humor, siapakah di kalangan mereka buat kali yang terakhirnya akan ditentukan sekali lagi oleh juri SMS untuk bergelar Raja Lawak 3?
Dilihat dari segi kekuatan secara keseluruhan, Sepah berada di tahap selesa, kukuh dan tidak tercabar kerana dari segi kuantiti dan karakter, tiga jejaka yang kini sudah diterima sebagai pelawak semula jadi. Jep, Shuib dan Mamat yang mewakili Sepah ada keunikan serta peminat masing-masing. Jika dibandingkan dengan calon perseorangan iaitu Jihan dan Amir, Sepah ternyata lebih berpeluang.
Mendapat undian antara yang tertinggi serta puji-pujian daripada juri tetap, juri jemputan, media bahkan penonton sendiri, Sepah bagaimanapun secara naif mengakui kelemahan mereka.
"Selama ini kami akan berfikir secara berasingan untuk mendapatkan idea, kemudian barulah ia digabungkan. Tetapi malam penentuan nanti, kami kena cepat dan berbincang secara berkumpulan," getus Jep membongkar rahsia kelemahan mereka.
Sekalipun menerima respons memberangsangkan, Sepah tidak pernah selesa dengan memikirkan saingannya hanyalah Amir, si jejaka genit yang selalu goyah di pentas serta Jihan, satu-satunya peserta wanita yang banyak keterbatasan dalam melawak.
"Jihan bukan calang-calang memandangkan dia seorang wanita dan muncul sendirian. Itupun dia masih bolehkan kalahkan kami dan ramai peserta lelaki lain. Kalau kami jadi Jihan rasanya kami sendiri tidak mampu.
"Amir pula diminati semua lapisan masyarakat dan bukan hanya orang Kelantan yang menyukainya. Jadi, kami kena lebih bersedia menjelang kemuncak (malam esok)," kata Jep.
Siaran langsung kemuncak Gelanggang Akhir Raja Lawak 3 malam esok bakal diserikan dengan kehadiran pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti Yahya Sulong, Hamid Gurkha serta bekas peserta Raja Lawak musim terdahulu.
TERIMA KASIH. Amir (kanan) begitu terharu dapat mara ke final sehingga memeluk salah seorang anggota LNJ, John.
Juara Raja Lawak 3 akan membawa pulang sebuah kereta jenama Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro. Naib juara pula akan menerima sebuah motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik serta trofi manakala pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

200 Tempat duduk penerbangan PERCUMA ke LONDON

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan 200 tempat duduk percuma mulai semalam sempena kempen kiraan detik globalnya sempena penerbangan sulung syarikat penerbangan itu ke London yang dijadualkan pada 11 Mac ini.
Sektor itu akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauhnya, AirAsia X.
Dalam satu kenyataan di sini semalam, AirAsia menyatakan ia akan menganjurkan pameran permainan bergerak, dengan peserta perlu menjawab soalan mudah tentang syarikat itu untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan.
Katanya, dua tiket penerbangan pergi balik akan ditawarkan pada setiap pameran bergerak yang diadakan di lokasi strategik di Lembah Klang mulai semalam hingga 11 Mac.

Tuesday, March 3, 2009

3B utk berat Jodoh

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... .."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

Kenali Buasir -Usus besar terkeluar drpd dubur

Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

Pencegahan Buasir

* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.

* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.

* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

Kakak Tomok Masuk AF7


KUALA LUMPUR: Jika Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 24, berjuang merebut RM1 juta yang ditawarkan dalam pertandingan One In A Million (OIAM), kakaknya, Ismaliza Ismail (Isma), 30, pula berjaya melayakkan diri dalam kelompok 20 terbaik peserta Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7).

Pengumuman peserta AF7 itu diadakan di Orchid Grand Ballroom, Hotel Parkroyal, Jalan Sultan Ismail, petang semalam.

Bagaimanapun, kedudukan Isma sebagai pelajar AF7 masih samar kerana terdapat satu lagi peringkat saringan memilih sama ada 10, 12 atau 14 peserta terbaik yang akan diumumkan melalui Tirai Akademi Fantasia 7 pada Sabtu dan Ahad (7 dan 8 Mac 2009).

Selain Isma, seorang lagi peserta yang mempunyai pertalian saudara dengan artis tempatan adalah Khairil Azam Pilus, 23, juga adik kepada penyanyi dengan lagu Indah Lelapku, Izwan Pilus.






Mesra dengan panggilan Azam, namun ingin dikenali sebagai Aril menerusi AF7 ini bertugas sebagai pereka grafik dan pernah menyertai program pencarian kumpulan terhebat, Gang Starz terbitan TV3 bersama kumpulannya 1st Edition.


Berbeza dengan Isma dan Azam, Lizda Nuryanti Abidin, 27, pula isteri kepada pelakon dan usahawan, Ezany Nizariff, yang popular menerusi drama Anak Betung.

Pada sidang media itu, pihak Astro turut membuat kejutan apabila menyenaraikan artis rakaman sebagai seorang peserta AF7 iaitu Nas Adila Mohd Dan, 23.

Selain itu bekas peserta OIAM musim kedua, Abraham Edwin Dungot, 26, dan Rubisa Tiasin, 23, dari My Starz LG musim pertama turut disenaraikan.

Jika penganjuran tahun lalu, AF menampilkan peserta ‘veteran’ iaitu Mama Rina, AF7 pula menampilkan Kelana Ayu (Kelana), 40, berasal dari Bintulu Sarawak dijangka menjadi tarikan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, pada tahun ini AF7 menyuntik elemen perubahan apabila menjemput artis dan warga Singapura untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian di samping mengekalkan had umur 18 hingga 45 tahun.

Beliau berkata, Astro juga berbangga sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung di empat negeri, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak berjaya meraih lebih dari 9,000 penyertaan dan ia rekod tertinggi yang pernah dicatatkan berbanding pada musim yang lepas.

“20 orang calon pelajar ini dikehendaki menyertai Minggu Orientasi dan Kem Muzikal yang meliputi kelas bimbingan dan ujian kelayakan antaranya vokal teknikal, vokal persembahan, tarian dan lakonan selama enam hari (1 hingga 6 Mac).

“Hanya pelajar yang memberikan persembahan keseluruhan terbaik akan diserapkan ke dalam akademi dan keputusannya akan diumumkan pada program Tirai Akademi Fantasia 7,” katanya.

15 peserta lain turut tersenarai dalam 20 terbaik adalah Abdul Hamim Suleiman (Amim), 21, Afiq hakim Ahmad (Akim), 18, Ahmad Sobri Hasmuni (Obri), 24, Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), 19, Mohd Qhauhd Abdul Rashid (Qhaud), 25, Mohd Rashidi Mohamaad Isa (Sidi), 27 dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid), 22.

Sementara peserta wanita, Alpaezah Manaf (Faezah), 20, Cabrine Blaire Bernard Solibun (Cabby), 20, Claudia Fay Geres (Claudia), 24, Nur Fazelah @ Zizie Mohd Tahil, 24, Siti Aishah Bujang (Aishah), 18, dan Zuzafrini Zulkifli (Rini), 26.

Mak Norman,Mak memey juga...


HULU KLANG: Keintiman pelakon muda, Memey dengan keluarga Norman Hakim bukan lagi rahsia, malah jelas kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, untuk prosiding kes khalwat pasangan berkenaan.

Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, bukan saja sentiasa beriringan dengan Norman ketika berjalan masuk dan keluar mahkamah, malah kelihatan begitu mesra dengan ibu pelakon Gerak Khas itu, Kamariah Kamat, 66, hingga memanggilnya ‘mak’.

Bagi mendapat penjelasan Memey mengenai panggilan ‘mak’ itu, wartawan Harian Metro menghubunginya petang semalam.

Kata Memey, selepas kes khalwat itu, hubungannya dengan ibu Norman semakin erat, malah sering mendapatkan nasihat berhubung perjalanan hidupnya, termasuk karier sebagai pelakon.






“Pada saya bukan satu kesalahan memanggil dia mak,” katanya yang menafikan kemesraan mereka mengundang spekulasi kedua-dua pelakon itu kononnya sudah berkahwin seperti hangat digosipkan.


Memey menjelaskan Kamariah banyak memberi sokongan kepadanya supaya tabah menghadapi dugaan kes itu.

Menurutnya, dia menganggap Kamariah seperti ibunya sendiri, malah keluarganya juga mengenali rapat keluarga Norman.

“Jika ada apa-apa saya selalu merujuk kepada ibu sendiri atau ibu Norman kerana dia banyak memberi nasihat. Kadang-kadang juga kami selalu berhubung hanya sekadar bertanya khabar,” katanya yang memakai baju kurung putih berbunga serta berselendang merah jambu di mahkamah.

Sementara itu, Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, ketika ditemui selepas prosiding sebutan kali kedua itu, mengaku tidak menolak kemungkinan memilih Memey sebagai suri hidupnya andai ada jodoh.

“Jika sampai seru, ada jodoh dengan dia, saya terima, jangan risau kalau ada, kami akan umumkan, tiada apa yang kami mahu sorokkan,” kata Norman ketika diajukan soalan sama ada mereka akan berkahwin selepas selesai kes itu.

Ketika ini, dia berkata, mereka mahu selesaikan kes itu secepat mungkin, tetapi tiada perancangan berkahwin.

“Kami mahu memberi tumpuan terhadap karier masing-masing dalam menghadapi krisis ekonomi,” katanya.

Norman yang memakai kemeja merah putih, berseluar hitam dan bersongkok turut mempamerkan sikap ‘gentleman’ apabila membukakan pintu untuk membolehkan Memey masuk dan keluar dari mahkamah.

Ketika prosiding di dalam mahkamah, Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula berikutan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili pasangan itu memaklumkan mereka sedang menunggu keputusan representasi.

Fakhrul Azman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah menghantar representasi pada 26 Februari lalu.

“Pihak kami sudah menghantar representasi kepada Ketua Pendakwaan Syarie Selangor bagi meminta mereka mengkaji dan meneliti semula pertuduhan dikenakan terhadap Norman dan Memey,” katanya.

Norman dan Memey tidak mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat sedangkan mereka bukan mahram atau suami isteri di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Selangor 1995 untuk lelaki dan Seksyen 29(1)(b) untuk wanita, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000.

Masing-masing dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin hingga kes itu selesai.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor, Zusyarafain Yusof

ads