Friday, September 26, 2008

Wajah terbaru Saerah



Chantek kew?ouchh

Fazura bebas tuduhan


Benci nyee aku ngan fazura nie
dahla getik,mcm teruk sgt la prangai die nie
huh

Setelah 4 tahun turun naik mahkamah, akhirnya hari ini di bulan mulia, sedari Fazura kita ni dilepaskan dari tuduhan mencederakan seorang suri rumah..

Fazura bebas tuduhan cedera suri rumah

KUALA LUMPUR 22 Sept - Pelakon wanita, Fazura hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah di sebuah kelab malam, empat tahun lalu.
Majistret Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Fazura yang bergaun hitam dan merah jambu dilihat mengesat air mata dan memeluk seorang rakan artis sebaik mendengar keputusan itu.

Erra makin chantek masa pregnant...






sama cantik sama padan
best nyeee

Disebalik penceraian Cham VE



Selepas perceraian Nora Danish dan Beego, industri hiburan mungkin dikejutkan dengan satu lagi berita pergolakan rumah tangga artis. Secara diam dan tidak ramai yang tahu, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau panggilan manjanya Cham anggota kumpulan VE telah dikatakan bercerai..

Dikatakan, punca hubungan rumah tangga Cham berkecai akibat kehadiran orang ketiga. ? mendapat tahu orang ketiga adalah seorang GRO. Ceritanya, apabila isteri Cham, Kiki Karmila mendapat tahu yang Cham ada hubungan dengan seorang GRO dan pernah melihat dan menangkap mereka sedang bersama. Ini berlaku ketika Kiki dalam pantang. Mmm… kesiannya…

Dua tiga hari ini, ada terjumpa dengan beberapa gambar yang disebarkan melalui email dan internet

Gambar Zain Ruffedge dengan wifenye


Halloween party dress






Thursday, September 25, 2008

Datuk S tak Dendam Fasha


KUALA LUMPUR, 23 SEPT 2008: Hubungan cinta selama 3 bulan yang pernah terjalin di antara Datuk Syafiq Saaban atau Datuk S dengan pelakon yang khabarnya digam segelintir pihak media cetak, Fasha Sandha, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi yang hebat dalam industri hiburan kita.


Kesannya, ia membuatkan usahawan muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) yang juga duda anak dua ini serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita lain termasuklah mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat Fasha.


"Saya tidak fikir saya akan bercinta lagi pada waktu yang terdekat ini. Cukuplah apa yang telah saya alami dan lalui sebelum ini. Ia agak pahit untuk diceritakan.



"Saya juga tidak mahu lagi ambil tahu pasal dia (Fasha) - dengan siapa dia hendak keluar atau bercinta. Terpulanglah kepada dia. Biarlah saya hanya tumpukan pada bisnes saya yang berkaitan dengan IT saja," katanya sewaktu ditemui kami.pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Mutiara Damansara, kelmarin.


Datuk Syafiq juga baru saja mengambil alih bisnes portal hiburan Melayu tempatan yang berkonsepkan majalah, jomstar. Sungguhpun begitu, Syafiq menangkis dakwaan bahawa dia mengambil alih portal itu kerana mahu membalas dendam terhadap Fasha atau pun berada di dalam kerlipan glamor dunia hiburan tempatan.


"Semua itu tidak benar. Saya mengambil-alih portal ini kerana percaya bahawa bisnes ini boleh mendatangkan keuntungan yang cukup besar seandainya kita tahu bagaimana cara untuk mengendalikannya dengan cara yang betul.


"Pasal saya gila glamour pula, perkara itu tidak masuk akal kerana saya sudah menceburi bidang ini pada usia belasan tahun lagi. Waktu itu saya adalah vokalis kumpulan rock Rajawali tapi, saya terpaksa tinggalkan bidang muzik yang saya minati itu kerana bapa saya tidak merestuinya," kata Datuk S.


Mengenai bidang tugas terbarunya, beliau berkata ia sejajar dengan perkembangan industri media baru (new media) di Malaysia yang menunjukkan peningkatan menggalakkan.


Antara artis yang hadir pada majlis itu ialah Adiputra, Fouziah Gous, Avaa Vanja, Harun Salim Bachik dan Noniswara.


P/S:isk isk..Dato S nie bukannye hensem pown..asik peluh2 saja..mana fasha nak..skrg nie kan fsha ngan tengku ismail..huhu...well well...aku rasa fasha cume nak kikis duit ko tu dulu....atau saja nak test power dia..ahaaa~~fasha...ko memang playgirl..salute

Siti Tenang menghadapi gossip Dato' K kahwin lagi!!



KL, 9 SEPT 2008: Selamat pulang ke tanah air kami ucapkan kepada pasangan Dato’ Hajah Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Haji Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) serta keluarga terdekat mereka daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Tentunya tiada tempat yang lebih indah dan syahdu untuk berpuasa dan beribadah selain daripada di Makkah sendiri bukan?

Mys difahamkan, selain kakak ipar Siti, anak tiri bongsunya pun ikut sama ke Tanah Suci sejak permulaan Ramadan tempoh hari hinggalah kelmarin. Ini juga bukan pertama kali Siti ke Makkah kerana dia sudah berkali-kali mengerjakan umrah dan akhirnya ibadah haji pada tahun lalu.

Ketika di sana, Mys dapat tahu Siti tidak terus putus hubungan dengan rakan wartawan di Malaysia kerana dia masih menjawab panggilan telefon dan juga SMS yang penting. Malah ada wartawan yang ingin tahu kesahihan gosip terbaru yang menggemparkan iaitu Datuk K dikatakan sudah berkahwin lagi dengan seorang pramugari muda dan jelita, baru-baru ini.

Daripada pengamatan Mys , Siti bagaimanapun kelihatan cukup tenang menangani gosip seperti itu kerana dia lebih tahu siapa suaminya daripada orang lain. Bagi Siti dia, tidak dapat menutup mulut orang daripada terus bergosip tentang rumah tangganya yang kita sedia maklum dulu pun terbina daripada bibit-bibit penuh kontroversi.

Mys dapat memahami perasaan Siti sebagai seorang isteri kerana siapa yang rela bermadu kerana madulah manisan paling berbisa untuk mereka yang berumah tangga. Mungkin ketika di Makkah baru-baru ini, Siti dan Datuk K turut berdoa semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan diberikan kekuatan hidup.

Mys sendiri akan terus mendoakan kebahagiaan Siti dan Datuk K sepanjang masa dan anggaplah khabar angin itu sebagai satu penawar yang tidak akan menjadi kudis sekiranya kasih sayang suami isteri itu sentiasa disuburkan.

Skandal susu China - Singapore tarik balik makanan

For your information, the following items have been recalled due to China's milk scandal:

1. M&M
2. Snickers
3. Mento's Yoghurt Bottle
4. Dove Chocolate
5. Oreo Wafer Sticks
6. Dutchlady Sterilised Milk
7. Wall's all natural mango
8. Mini Poppers Ice Cream
9. Magnum Ice Cream
10. Moo Sandwich Ice Cream
11. Mini Cornetto
12. Youcan Ice Cream

Stores have been asked by AVA Singapore to remove them. If u have any of these items at home, don't eat them.

Di Malaysia peciter?

Fakta yang tiada kena mengena dengan sejarah

FAKTA 1: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 2: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 3: Bangunan WTC Runtuh di New York

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

Bunga Citra Lestari





Akibat berbuka berlebih lebihan


Bila rokok jadi mahal..isk isk

Experience the bra codes











Ni sume zaman memuda menteri kita..

Hishammudin Tun Hussein Ketua Pemuda UMNO Malaysia lebih berminat minum Anchor Beer dari Coke

Perhimpunan serupa inilah yang bakal dianjurkan oleh Saudara Hishammudin, Pemangku Ketua Pemuda yang menghidangkan minuman yang lazat seperti Anchor Beer dan wanita-wanita yang mengghairahkan.

Inikah pramugari yang ditangkap basah bersama Saudara Hishammuddin di Puteri Pan Pacific Hotel Johor Bahru oleh Jabatan Agama Islam Johor baru-baru ini? Kena Tangkap di Johor Bahru, bawa lari pergi Monggolia dengan rombongan P.M. pulak!!
Isteri Hishamuddin, Tengku Marsila dalam keadaan mabuk! Kalau isteri sendiri pun sama kaki minum, macamana nak jadi pejuang bangsa dan ugama seperti keturunannya

ads